Wan Azraie Tagih Gaji, PFAM Sahkan Terima 2 Kes Babitkan Bekas Pemain Terengganu

Bekas penjaga gol Terengganu FC pada musim lalu, Wan Muhammad Azraie Wan Teh menuntut agar Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) segera melangsaikan bayaran gaji tertunggak milik beliau.

Masalah pembayaran gaji musim lalu di Terengganu FC sememangnya sudah digembar-gemburkan sebelum ini, namun sering kali dinafikan pihak berkenaan.

Tidak teratah dengan penangguhan tersebut, Wan Azraie yang beraksi bersama Sabah FA pada musim ini tampil kepada Stadium Astro mengesahkan masalah tunggakan gaji yang dihadapi oleh beliau bersama persatuan itu.

AKSI Wan Muhammad Azraie (dua dari kanan) ketika menentang Perak pada saingan Piala Malaysia 2017 di Stadium Perak pada 24 September lalu. – Foto Muhaizan Yahya

Menurut beliau, kontrak bersama PBSNT sebelum ini menjelaskan setiap pemain akan menerima sejumlah bayaran yang akan dijelaskan sebanya dua kali.

Namun sehingga kini, Wan Azraie mengesahkan belum ada perbincangan bersama PBSNT mengenai tunggakan tersebut seperti yang dipersetuji sebelum ini.

“Saya berharap Terengganu dapat membayar gaji saya secepat mungkin,” kata Wan Azraie.

Kredit Foto: PFAM

Dalam laporn yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail mengesahkan telah menerima dua laporan daripada pemain Terengganu berkaitan tunggakan yang dimaksudkan.

“Dua pemain telah membuat laporan kepada PFAM. Mereka telah mula menerima pembayaran daripada PBSNT dan bakal diselesaikan pada penghujung bulan ini,” kata Izham.

Penjaga gol berusia 33 tahun itu tidak teragak-agak mengambil langkah yang sama dengan membawa kes kepada PFAM jika tuntutan beliau terus tidak dipedulikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN