Tewas 1-0 kepada Terengganu FC (TFC) II dalam perlawanan pertama Liga Premier sudah tentu bukan satu keputusan yang diharapkan oleh Selangor II yang membuat penampilan pertama selaku pasukan simpanan di arena bola sepak negara.
Ketua Jurulatih Selangor II, Michael Feichtenbeiner bagaimanapun menganggap terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kegagalan mengutip sebarang mata dalam perlawanan tersebut dan yang paling utama adalah kekurangan pengalaman.
Menurut jurulatih dari Jerman itu ketika ditembual Bernama,, kebanyakan pemainnya masih muda dan berdepan kegugupan apabila beraksi buat kali pertama dalam liga profesional.
“Mereka melakukan yang terbaik ketika pramusim tetapi hari ini (malam tadi) permainan mereka sedikit berbeza. Saya rasa mereka masih muda dan perlukan lebih banyak pengalaman untuk bersaing dalam liga ini.
“Saya kecewa kerana mereka tidak sepatutnya mendapat keputusan sebegitu. Terengganu FC II mempunyai banyak peluang sama seperti pasukan, namun kita gagal menjaringkan gol,” katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan.
Bekas jurulatih MBPJ itu menganggap anak buahnya memerukan lebih banyak perlawanan kompetitif untuk membentuk skuad yang mata dan berupaya untuk bersaing dengan pasukan-pasukan lain.
Beliau bagaimanapun tetapi optimis pemain-pemain muda Selangor II akan menjadikan kekalahan tersebut sebagai pengajaran dan pengalaman berharga dan bersedia untuk menghadapi perlawanan seterusnya.
Nak tahu peranan Michael Feichtenbeiner sebagai Pengarah Teknikal Selangor & berapa lama masa yang diperlukan untuk membentuk barisan pemain muda yang berkualiti?
— Selangor FC (@selangorfc) December 24, 2019
Tonton temu bual eksklusif ini di: https://t.co/LORXdBNjpk 👈🏼👈🏼👈🏼#RedGiants#KitaAdalahSatu#SelangorPower pic.twitter.com/3JbJMrHrMO
Sementara itu, Ketua Jurulatih TFC II, Roshadi Wahab ternyata gembira dengan pencapaian pasukannya ‘mencuri’ tiga mata penuh dari tempat lawan.
Beliau turut memuji sumbangan pemain import, Jordan Mintah yang berjaya mencapai sasaran peribadi untuk meledak jaringan dalam perlawanan pertama musim ini. Penyerang kelahiran Ghana itu muncul wira TFC II selepas menjaringkan gol kemenangan pada mintit ke-80.
“Walaupun pada peringkat awal kami sukar menembusi pertahanan lawan kerana Selangor II mempunyai pemain muda hebat namun atas usaha pemain saya, kami berjaya mendapat gol penting untuk membawa tiga mata pulang ke Terengganu,” kata Roshadi.
Kredit Foto: asiana.my