Stadium Shah Alam: Bukan Hanya Bumbung, Penyokong Mahu Tandas Dan Surau Yang Selesa

Kemelut mengenai isu bumbung Stadium Shah Alam nampaknya masih belum ada tanda-tanda akan berjaya diselesaikan dalam masa terdekat sekalipun tirai Liga Malaysia (Liga-M) sudah pun dibuka pada hujung minggu lepas.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada Ahad telah pun mengesahkan stadium keramat skuad The Red Giants itu tidak boleh digunakan selepas hasil pemeriksaan ketiga pada Jumaat lalu mendapati struktur bumbung di stadium berkenaan masih memberi ancaman keselamatan kepada pemain, penyokong, penyiar siaran langsung, media dan komersial.

Sehubungan itu, Presiden Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC), Mohd Faizal Wahid dalam kenyataannya kepada Sinar Harian memohon kepada pihak MFL agar memberikan lebih masa kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Menurut Faizal, beliau yakin FAS mampu menyelesaikan isu berkenaan sebelum berlangsungnya aksi pertama Liga Super di gelanggang sendiri yang dijadualkan pada Sabtu ini menentang pasukan Perak.

“Saya dimaklumkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon bahawa kerja pembaikan sedang giat dilakukan pihak bertanggungjawab.

“Jadi saya dan penyokong Selangor amat berharap MFL dapat mengkaji semula kerana kita dapat lihat FAS dan DEFM (Darul Ehsan Facilitates Management Sdn Bhd) berusaha menyelesaikan perkara ini demi keselesaan para penyokong Selangor,” katanya.

Pihak MFL sebelum ini telah pun membuat pemeriksaan pertama pada 10 Januari dan disusuli dengan pemeriksaan kedua pada 21 Februari lalu.

Namun selepas pemeriksaan ketiga, MFL memutuskan stadium tersebut tidak boleh digunakan sehingga Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Darul Ehsan Facilitates Management Sdn Bhd (DEFM) menyelesaikan proses baik pulih bumbung sepenuhnya.

Sementara itu, Mohd Faizal berharap pihak FAS dan DEFM dapat lebih bertanggungjawab dan menjadikan isu bumbung stadium ini menjadi satu pengajaran pada masa hadapan dengan tidak bersikap acuh tidak acuh.

“Selain itu aspek kemudahan lain seperti tandas dan surau juga perlu berada dalam keadaan terbaik demi keselesaan tidak hanya penyokong Selangor tetapi juga penyokong pasukan lawan.

“Jadi kami penyokong berharap perkara ini menjadi pengajaran berguna kepada FAS untuk lebih peka pada masa depan,” katanya lagi.

Kredit Foto: ASFC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN