B. Satiananthan: Siapa Kata Pahang Tak Kuat?

Pahang Selangor Liga Super 2020

Pengendali Selangor, B. Satiananthan dipetik berkata, ‘siapa kata Pahang tidak kuat’ di sidang media selepas aksi pertama CIMB Liga Super 2020 yang menyaksikan Selangor menang 2-1 ke atas Pahang di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Sebelum aksi berlangsung, penyokong dan pemerhati bola sepak di Malaysia ‘termakan’ psikologi pengendali Pahang, Dollah Salleh mengenai situasi pasukan yang dikatakan kurang bersedia dan kesuntukkan masa menyediakan pasukan.

Begitupun, sebaliknya berlaku pada aksi malam tadi, Tok Gajah seperti tidak terkesan dengan kehilangan beberapa tonggak pasukan musim lalu seperti Matthew Davies dan Safuwan Baharudin – yang telah berhijrah ke pasukan lain untuk musim ini.

“Perlawanan pertama memang susah tetapi dapat tiga mata itu penting,” komen B. Satiananthan mengenai keputusan perlawanan yang memihak kepada Selangor.

“Siapa kata Pahang tak kuat? Bila saya lihat senarai nama, semuanya boleh main,” tambahnya lagi mengenai kenyataan yang menyatakan Pahang sudah hilang taring.

“Kalau kita lihat, S. Kumaahran bukan bek kanan. Tetapi saya ucapkan tahniah kerana Dollah Salleh telah menukar posisi S. Kumaahran dan dia telah bermain dengan baik. Dari segi kecergasan pula, saya lihat Pahang berhabisan sepanjang 90 minit.

S Kumaahran Pahang Selangor Liga Super 2020
FOTO: Pahang FA

“Saya tidak nampak langsung kepincangan yang disebut-sebut seperti persiapan pasukan yang tidak baik,” jelas B. Satiananthan mengenai perkara tersebut.

Selain itu, pengendali berusia 61 tahun itu turut menjelaskan yang penyerang import, Dickson Nwakaeme banyak menyusahkan pemain-pemainnya dengan kemahirannya.

“Yang banyak memberikan kita tekanan adalah Dickson Nwakaeme, satu pemain yang bagus. Dia memang sesuai bermain di Liga Malaysia dan dia telah memberi banyak masalah kepada kita,” ujarnya mengenai penampilan kapten Pahang itu.

Dickson Nwakaeme telah dilantik sebagai kapten menggantikan Matthew Davies yang berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT), dua minggu menjelang sepak mula.

Bercakap mengenai prestasi pemain-pemainnya, B. Satiananthan dilihat mengulas mengenai Brendan Gan dan Rufino Segovia yang mempamerkan aksi baik dalam membantu pasukan meraih tiga mata berdepan pasukan yang kuat seperti Pahang.

“Bila saya letak Brendan [Gan] di belakang Ifedayo [Olusegun], lariannya itu penting. Dan, satu hantaran daripada Rufino [Segovia] yang tidak bermain setahun, telah memecahkan benteng Pahang,” tambahnya mengenai kedua-dua pemain tersebut.

KREDIT FOTO: PAHANG FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN