Pengendali pasukan Chelsea, Frank Lampard telah mempersoalkan konsentrasi para pemainnya di atas padang. Ia berikutan kegagalan mereka bertahan dengan baik dan sekali lagi keciciran mata.
Lampard melabel mereka telah melalui 10 minit yang teruk dalam aksi seri 2-2 berhadapan dengan Bournemouth.
Marcos Alonso menjadi penyelamat pasukan Cheslea selepas Bournemouth mendahului 2 gol menerusi Jefferson Lerma dan Joshua King – yang mengatasi gol pendahuluan pemain Sepanyol itu.
Frank Lampard merasakan para pemainnya cepat hilang fokus. Di mana sebelum ini mereka turut bolos 2 gol dalam amsa 3 minit.
Jarak di antara 2 gol Bournemouth pula adalah 176 saat.
Selepas tamat perlawanan, Lampard berkata: “Kita patut menang perlawanan ini, kerana ada banyak peluang. Kita ada 10 minit yang teruk dan mereka menjaringkang gol. Saya tak sukakannya.”
“Saya gembira dengan karakter kami dalam usaha mendapatkan seri. Namun pada pandangan saya, kami patut memenangi perlawanan ini.”
Time to get the thoughts of Frank Lampard on #BOUCHE… pic.twitter.com/vWypJcSXtH
— Chelsea FC (@ChelseaFC) February 29, 2020
“Menentang Bayern, kami bocor 2 kali dalam masa yang dekat, ini bukan kali pertama. Mungkinkah sebab kami hilang tumpuan? Ada kemungkinan.”
Lampard juga berharap para pemainnya dapat mencipta lebih banyak peluang gol selepas ini.
Selepas keciciran mata di Vitality Stadium, pasukan Frank Lampard kini berhadapan saingan sengit untuk kelayakan ke UCL musim hadapan. Di mana mereka kini cuma ada jarak 4 mata daripada Manchester United.