Pakatan EPL Berusaha Untuk Elak Dominasi Sepenggal Sahaja Di Eropah

Bayern Munich turun berhadapan dengan Chelsea dalam aksi pusingan pertama – peringkat 16 pasukan akhir UCL.

Dan mereka diibaratkan Lampard seperti mengajar pasukan Chelsea cara bermain peringkat tertinggi di dalam bola sepak Eropah.

Bayern atasi Chelsea

Bayern Munich mengatasi Chelsea dari segi semua aspek di atas padang.

2 jaringan Serge Gnabry dan juga ditambah dengan satu lagi gol Robert Lewandowski membuatkan Chelsea akur 0-3 di gelanggang sendiri.

Spurs dan Liverpool turut tewas

Minggu lalu, terdapa dua lagi aksi melibatkan pasukan daripada EPL iaitu Liverpool dan Spurs. Kedua-duanya turut tewas pada pusingan pertama.

Atletico menjamu kunjungan Liverpool dalam aksi di Wanda Metropolitano. Juara bertahan Liverpool tiada jawapan untuk mengatasi pertahanan pasukan Diego Simeone.

Akhirnya Liverpool tewas dengan rekod sifar on target. Gol tunggal perlawanan adalah menerusi Saul Niguez.

Spurs turut beraksi minggu lalu, berhadapan dengan kelab Jerman, RB Leipzig. Dan mereka juga ditewaskan oleh Leipzig dengan keputusan 0-1, jaringan penalti oleh Timo Werner menjadi pemisah.

RB Leipzig
LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 19: Timo Werner of RB Leipzig celebrate with hes team mates Christopher Nkunku and Nordi Mukieleduring after scoring first goal the UEFA Champions League round of 16 first leg match between Tottenham Hotspur and RB Leipzig at Tottenham Hotspur Stadium on February 19, 2020 in London, United Kingdom. (Photo by Sebastian Frej/MB Media/Getty Images)

Man City akan turun pada aksi seterusnya berhadapan dengan Real Madrid.

Namun persoalannya, adakah dominasi pasukan EPL di pentas Eropah sudah berakhir?

Musim lalu, 4 pasukan mereka mara ke separuh akhir. Dan sudah tentu sahaja, final adalah melibatkan dua pasukan England di pentas UCL.

Spurs dan Liverpool mara ke final dengan cara yang sangat dramatik. Liverpool dengan keajaiban di Anfield mengatasi Barcelona.

Manakala Spurs mara dengan jaringan saat akhir oleh Lucas Moura, ketika berhadapan dengan Ajax.

https://youtu.be/gUkPdBjX13c

Tidak cukup dengan itu, pertandingan kedua kelab Eropah iaitu Liga Europa menyaksikan 2 pasukan juga mara ke final iaitu Chelsea dan Arsenal.

Perlawanan final berlangsung di Baku. Di mana pasukan Chelsea menewaskan Arsenal ketika itu.

Setakat ini, pada pusingan pertama peringkat 16 pasukan akhir, 3 pasukan EPL sudah tewas pada first leg.

Frank Lampard seakan-akan sudah menggambarkan mereka dalam misi mustahil, apabila menyatakan Bayern Munich terlalu unggul berbanding dengan skuad mentah mereka.

Spurs pula, dilanda krisis kecederaan yang serius. Jose Mourinho menyatakan pasukannya kini tiada penyerang tulen. Kesemua mereka ada di hospital.

Mourinho sendiri tergelak dengan seorang wartawan yang mahu bersikap positif tentang kecederaan pasukannya. Bagi Mourinho, tiada apa yang perlu diselindung, memang Spurs dalam krisis kecederaan yang teruk.

Namun kita semua tahu bahawa Mourinho sentiasa memiliki magis di UCL. Agregate 1 gol yang dibawa oleh Leipzig itu bukannya selesa.

Seterusnya, Jurgen Klopp menyatakan beliau kagum dengan atmosfera di Wanda Metropolitano yang membangkitkan semangat Atletico.

Analisis Taktikal: Bagaimana Two Banks Of Four Atletico Membuatkan Liverpool Sifar ‘On Target’

Dan kini Klopp menanti kunjungan Atletico di Anfield pula. Dan berharap pemain ke-12 Liverpool akan memberikan atmosfera malam Eropah di Anfield seperti biasa.

https://twitter.com/i/status/1229893541066833921

EPL cuba bertahan lebih lama

Pasukan EPL kini ada misi yang besar untuk memastikan mereka mara ke pusingan suku akhir.

Pastinya mereka tidak mahu hanya menjadi penguasa sepenggal di pentas bola sepak Eropah.

Apa pandangan anda? Pasukan mana yang anda rasa akan terus mara ke pusingan seterusnya? Dan pasukan mana yang bakal bungkus awal. Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN