Aplikasi Pahang FA Mudahkan Penjualan Tiket Kepada Para Penyokong

Aplikasi Pahang FA

Pembelian tiket perlawanan yang melibatkan pasukan Pahang kini sudah boleh dibuat menerusi aplikasi Pahang FA! Penyokong Pahang sudah muat turun belum?

Selepas sunyi daripada sebarang berita hampir sebulan, laman sosial pasukan Liga Super, Pahang dilihat kembali mewarnai dunia siber bermula dengan berita mengenai pelancaran jersi baharu untuk musim 2020. Boleh baca di sini reviu Semuanya BOLA.

Ia kemudian disusuli dengan pengenalan aplikasi mudah alih, Pahang FA yang diumumkan pengurus, Datuk Mohammed Suffian Awang pada majlis tersebut.

“Aplikasi ini juga membuktikan bahawa kita sudah capai tahap lebih baik dari segi penggunaan teknologi,” ujar Suffian mengenai aplikasi hasil kerjasama Pahang FA dan sebuah syarikat swasta, Mirfalah Technologies yang berpusat di Kuala Lumpur.

Ia bagi memudahkan penyokong-penyokong untuk membeli tiket secara atas talian tanpa perlu beratur di kaunter dan dikatakan akan menggantikan terus sistem penjualan tiket di kaunter sekiranya dilihat berjalan lancar pada awal musim depan.

Selain itu, terdapat juga maklumat mengenai jadual perlawanan dan penjualan barangan rasmi pasukan melalui aplikasi tersebut yang akan diperkenalkan kelak.

Ini merupakan satu perkembangan menarik selepas pengurusan pasukan dilihat sangat pasif sejak hampir sebulan yang lalu – selepas mendakwa akaun media sosial digodam dan kini, penyokong Pahang boleh kembali menarik nafas lega.

“Sudah pasti ramai peminat Pahang akan berasa lebih mudah untuk mendapatkan tiket tanpa beratur panjang dan tanpa persoalan luar jangka termasuk membeli tiket daripada pihak tidak berkaitan.

“Namun, peminat masih lagi boleh membeli tiket di kaunter pada hari perlawanan,” jelasnya kepada portal Harian Metro sambil menyatakan yang tiket perlawanan menentang Selangor sudah boleh didapati dan dijual menerusi aplikasi tersebut.

Setiap pembelian menggunakan aplikasi tersebut dihadkan kepada empat tiket sahaja dan sekiranya mahu membeli lebih, pembeli perlu membuat beberapa transaksi. Penyokong juga hanya perlu mengimbas kod QR di pintu masuk stadium.

Bagi para peyokong Tok Gajah yang mahu mencuba membeli tiket Pahang v Selangor, anda kini boleh memuat turun aplikasi tersebut melalui Google Play dan Apps Store.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN