Pemergian beberapa tonggak utama pasukan yang telah menyertai pasukan lain pada musim ini ternyata satu kehilangan yang amat dirasai oleh pasukan Perak. Walau apa pun, bak kata Pyan Habib dalam filem Kembara Seniman Jalanan, “Brader, kita mesti terus hidup.”
Aksi meyakinkan dalam beberapa perlawanan sepanjang tempoh persediaan pra-musim mungkin bukan ukuran sebenar mengenai kemampuan pasukan Perak. Tetapi sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan satu motivasi buat The Bos Gaurus untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2020.
Pengendali Perak, Mehmed Durakovic ketika bercakap kepada Bernama mengakui pasukan berdepan dengan cabaran getir pada musim ini terutamanya dalam memastikan pemain yang disenarai bersama pasukan adalah yang terbaik.
TBG 'FANS MEET & GREET', STADIUM INDERA MULIA
Sesi para pemain beramah mesra bersama peminat selepas tamat Majlis Pelancaran Jersi & Memperkenalkan Pasukan Perak FA Musim 2020 pagi tadi di Stadium Indera Mulia, Ipoh.#TBG2020#KejorrYobKejorr#KejorrYobSkorr pic.twitter.com/4veSk00Rdx
— Perak FC (@peraktbgmy) February 22, 2020
Namun begiru, beliau tetap yakin skuad bimbingannya yang terdiri daripada gabungan pemain muda dan pemain berpengalaman mampu memberi saingan kepada pasukan-pasukan Liga Super yang lain seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah, Selangor dan Terengganu.
“Walaupun kita kehilangan beberapa pemain utama, namun dengan gabungan pemain muda dan berpengalaman yang kita ada ada musim ini, saya boleh katakan kita akan cuba (tiga teratas),” katanya
Dalam majlis pelancaran jersi dan memperkenalkan pemain Perak musim 2020 di Stadium Indera Mulia pada Sabtu, Perak telah pun mempamerkan dua warna jersi yang akan digunakan oleh pasukan tersebut pada musi ini dengan warna kuning terus kekal menjadi jersi utama sementara warna putih pula untuk jersi kedua.
22 Feb – The Bos Gaurus perkenalkan jersi baharu untuk saingan musim inihttps://t.co/PZItfQW3gu@peraktbgmy #BeritaRTM #RTM #BeritaWilayah #TheBosGaurus #JersiBaharu #Perak pic.twitter.com/IakRo3CrCg
— Berita RTM (@beritartm) February 22, 2020
Selepas berlaku masalah dengan jenama Jako, sehingga terpaksa menagguhkan majlis pelancaran jersi sebelum ini, Perak dilihat telah mencapai persetujuan untuk menggunakan jersi dengan jenama dari Sepanyol iaitu Kelme.
Pada musim lepas, Perak muncul selaku naib juara Piala FA selepas tumpas 1-0 kepada Kedah dalam perlawanan akhir dan menamatkan saingan Liga Super di tangga kelima dengan mengumpul 33 mata dari 22 perlawanan. Aksi pertama Liga Super musim ini adalah berdepan Terengganu pada 29 Februari ini.
“Kita telah tampilkan permainan yang baik semasa perlawanan pramusim di Singapura. Begitu juga ketika perlawanan Unity Shield menentang Kedah sebelum ini. Jadi, saya rasa kita telah bersedia untuk jumpa (perjumpaan) Terengganu,” kata Mehmed lagi.
Kredit Foto: Perak TBG