Pengurus Barcelona, Quique Setien tidak bersetuju dengan pandangan kapten pasukan iaitu Lionel Messi.
Quique Setien memberikan respon kepada kenyataan Lionel Messi dalam sidang media sebelum perlawanan beliau.
Messi sebelum ini berkata kepada Mundo Deportivo bahawa Barcelona pada hari ini bukanlah pasukan pilihan utama untuk menguasai Eropah.
Dan Messi menyatakan lagi, Barcelona perlu melakukan banyak perkara lagi untuk menjadi pasukan yang terkuat bagi membolehkan mereka menjuarai Liga Juara-juara Eropah.
Setien jelas sekali tidak bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Lionel Messi.
Setien berkata: “Berkenaan dengan komen Messi, ada beberapa perkara yang saya setuju, dan ada beberapa perkara lagi yang saya tak setuju.”
“Benar, anda tidak boleh melakukan kesilapan dalam pertandingan seperti liga juara juara Eropah. Saya telah menyaksikannya dalam 20 tahun ini, bahawa setiap pasukan ada peluang yang sama rata untuk menjadi juara.”
“Ada beberapa perkara yang kita harus perbaiki dan jadikannya lebih baik – itu sangat jelas.”
“Kita bukannya gembira dengan segala perkara, namun kita sudah berkembang secara perlahan-lahan untuk membolehkan kita bersaing dengan mana-mana pasukan.”
Barcelona akan berkunjung ke Itali untuk berhadapan dengan Napoli. Namun Setien berkata, fokus mereka ketika ini adalah aksi La Liga berhadapan dengan Eibar.
Barcelona kini masih lagi ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, Real Madrid dalam carta La Liga.