Kehadiran Bobby Gonzales Tambah Variasi Serangan Pulau Pinang

Bobby Gonzales Pulau Pinang 2020 Liga Premier

Dua aksi persabahatan dan dua gol telah diledakkan, Bobby Gonzales sememangnya tidak tahu bagaimana untuk berhenti menjaringkan gol. Musim 2020, beliau telah sah menyarung jersi Pulau Pinang selepas dua musim bersama Sarawak.

Bersama Sarawak, penyerang berusia 36 tahun ini mungkin paling tua dikalangan semua pemain namun, beliau masih mampu menjadi peledak terbanyak tempatan di Liga Premier untuk dua musim berturut-turut – 14 gol (2018) dan 9 gol (2019).

Musim 2014, ketika membantu PDRM meraih promosi ke Liga Super, Bobby Gonzales meledak 8 gol, menjadi peledak ketiga terbaik PDRM, malah merupakan penyerang tempatan kedua terbaik di belakang Indra Putra Mahyuddin yang meledak 10 gol.

Sebelum itu, Bobby Gonzales muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Premier dengan 20 gol peribadi selain membantu Sarawak meraih slot ke Liga Super 2014.

Rekod-rekod ini membuktikan yang Bobby Gonzales merupakan antara penyerang tempatan paling menyerlah di Liga Premier sekiranya diberikan ruang untuk beraksi.

Ketika diajukan persoalan mengenai kemasukkannya dalam skuad Pulau Pinang, pengendali, Manzoor Azwira mahu memberikan ruang terlebih dahulu kepadanya untuk meningkatkan tahap kecergasan selepas baru sahaja menyertai pasukan.

Manzoor Azwira sedar akan kelebihan sentuhan jaringan pemain tersebut sambil menegaskan musim ini beliau mahukan lebih pilihan di jentera serangan.

Musim lalu, Pulau Pinang lebih kepada gandingan tiga pemain iaitu Julian Bottaro, Casagande dan Sergio Aguero yang merupakan tonggak utama peledak, membantu Pulau Pinang melonjak dari dasar sehingga ke kedudukan ketiga Liga Premier – sebelum dipotong enam mata dan kehilangan tiket automatik ke Liga Super 2020.

“Ia lebih kepada variasi pasukan untuk perancangan di jentera serangan sebenarnya. Bobby [Gonzales], jika tengok dari segi statistik, dia ada kemampuan untuk jaringkan gol dan tidak semua orang boleh jaringkan gol,” jelas Manzoor Azwira mengenainya.

“Cuma, mungkin dari segi kecergasannya, belum mencapai tahap yang kita mahukan. Dia baru bersama pasukan dua minggu. Tetapi kita akan cuba baiki perkara itu,” tambahnya lagi ketika bercakap kepada Semuanya BOLA baru-baru ini.

Pulau Pinang untuk musim ini dalam misi yang sama – meraih tiket ke Liga Super 2021, selepas gagal merealisasikannya pada musim lalu akibat masalah tunggakan gaji musim sebelumnya sehingga arahan pemotongan mata oleh FIFA.

“Yang penting kita ada variasi, jadi pasukan lawan tidak hanya akan tumpu kepada Casagrande, Endrick dan Al-Hafiz. Kita ada banyak pilihan di serangan. Walaupun pada usianya itu, saya tahu dia ada kelebihan untuk jaringkan gol,” ujarnya lagi.

KREDIT FOTO: FA PENANG

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN