Yusri Che Lah: KAFA Perlu Segera Sahkan Khidmat Christopher Jackson

Christopher Jackson Kelantan Liga Premier 2020

Masih ingat dengan penyerang yang dikhabarkan akan menjalani sesi percubaan bersama Pahang, Christopher Jackson? Akhirnya, pemain tersebut menukar haluan ke Kelantan selepas kelibat penyerang sensasi Tok Gajah, Dickson Nwakaeme kelihatan di sesi latihan.

Pahang sudah hampir pasti mengekalkan Dickson Nwakaeme selepas pelbagai khabar angin, walaupun belum ada pengumuman rasmi daripada pihak pengurusan pasukan setakat ini.

Di Kelantan, Christopher Jackson telah diturunkan dalam tiga perlawanan dan sudah meledak dua gol iaitu ketika menewaskan PJ City FC 3-2 dan ketika tewas 1-3 kepada PDRM.

Sepanjang pra-musim ini, skuad The Red Warriors dilihat sudah menguji beberapa penyerang import, namun belum dapat memberikan kepastian mengenai status kontrak mereka.

Walaubagaimanapun, kehadiran penyerang berusia 23 tahun itu seakan-akan memberikan sinar baharu buat jentera serangan mereka dan pengendali, Yusri Che Lah sudah menyatakan minatnya bergantung kepada pihak pengurusan pasukan untuk menawarkan kontrak.

Bercakap kepada Media Kelantan FA, Yusri Che Lah berkata yang beliau tidak menyangka impak yang dipamerkan oleh Pemain Paling Bernilai (MVP), Liberian First Division 2019 itu.

“Berkenaan Christopher Jackson, saya tidak sangka aksinya begitu memberangsangkan walaupun baru menempuh 24 jam perjalanan yang pastinya memenatkan.

“Jadi, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) perlu fikir untuk mengesahkan kontraknya secepat mungkin untuk pasukan ini,” jelas pengendali berusia 43 tahun itu lagi.

Menurutnya lagi, masa sudah kian suntuk buatnya untuk membuat penilaian dan keputusan serta menyediakan pasukan dengan Liga Premier berbaki kurang dua minggu lagi.

“InsyaAllah, kita akan matrikan segera kerana saya hanya ada dua minggu sahaja lagi sebelum sepak mula liga. Bagaimanapun, saya berpuas hati dengan komitmen pemain tempatan dan ada beberapa pemain import yang berjaya memikat hati saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Kelantan akan mengadakan majlis pelancaran jersi dan pengenalan pemain skuad Liga Premier 2020 pada Sabtu ini di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV.

Dengan itu, teka teki sama ada Christopher Jackson bakal menyarung jersi The Red Warriors atau tidak untuk saingan musim hadapan akan diketahui dalam beberapa hari sahaja lagi.

KREDIT FOTO: DUNIA WARRIORS

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN