Calon Import Kelantan Masih Dalam Penilaian

Tewas 3-1 kepada PDRM dalam perlawanan persahabatan di Stadium Cheras pada Jumaat, pengendali Kelantan, Yusri Che Lah tetap berpuas hati dengan prestasi pemain muda yang beraksi dalam perlawanan tersebut.

Tiga pemain import yang diuji dalam perlawanan tersebut, Christopher Jackson, Guy Gnabouyu dan Ignat Dan Gelu juga mempamerkan aksi yang memberangsangkan, namun jurulatih berusia 43 tahun itu mahu menguji mereka dalam perlawanan persahabatan seterusnya menentang PJ City FC pada Ahad.

“Memberangsangkan tetapi saya perlu 90 minit lagi untuk menilai mereka. Di samping itu, kita ada seorang lagi pemain import di bahagian pertahanan untuk diuji pada perlawanan menentang PJ City FC nanti.

“Kita akan guna empat pemain import ujian pada perlawanan nanti untuk melihat sejauh mana mereka dapat adaptasi corak permainan yang diterapkan. Ini perlu dilakukan kerana dalam masa cukup suntuk ini saya perlu buat keputusan untuk kekalkan mereka atau sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, Yusri mempertahankan tindakannya untuk merehatkan tonggak utama Team Red Warriors (TRW) bertujuan memberikan rehat yang cukup kepada barisan utama menjelang aksi selepas mula Liga Premier pada 28 Febuari ini.

Beliau menegaskan bahawa aspek penjagaan kesihatan dan kecergasan semua pemain adalah lebih mustahak pada ketika ini bagi memastikan mereka benar-benar bersedia.

Tambahnya, perlawanan persahabatan merupakan platform terbaik untuk melihat sejauh mana barisan pemain simpanan memahami serta mengadaptasi corak permainan yang ingin diterapkan.

“Pemain utama mesti dapat rehat secukupnya, manakala pemain simpanan pula memerlukan 90 minit masa bermain untuk menilai serta mempertingkatkan tahap kecergasan masing-masing.

“Saya mahu lihat bagaimana pemain simpanan meneruskan rentak permainan kerana tahap kecergasan mereka diragui. Mereka langsung tidak beraksi dalam tiga perlawanan persahabatan di Kota Bharu.”

Tambah Yusri, beliau maklum bahawa penyokong membayar tiket untuk melihat aksi pemain utama Kelantan, namun perlu melihat bagaimana Kelantan mahu beraksi cemerlang jika terpaksa berdepan kemudaratan akibat kecederaan pemain semata-mata ingin memenuhi kehendak penyokong.

Kerana itu beliau berharap penyokong setia Kelantan dapat bersabar dan fikirkan, apakah mereka dapat membantu barisan pemain menjadi lebih bagus melalui kecaman serta makian.

Kredit Foto: Kelantan FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN