Penalti Kontroversi Cristiano Ronaldo Selamatkan Juventus

Gol sepakan penalti Cristiano Ronaldo pada minit akhir perlawanan menyelamatkan Juventus dari ditewaskan oleh AC Milan di separuh akhir pertama Coppa Italia.

Juventus berada di ambang kekalahan ketiga berturut-turut perlawanan di tempat lawan, sebelum voli Ante Robic meletakkan Milan di hadapan.

Milan yang beraksi sebagai pasukan tuan rumah bagaimanapun terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Theo Hernandez menerima layangan kad kuning kedua.

Juventus gagal menghadirkan ancaman yang diperlukan walaupun beraksi dengan kelebihan seorang pemain. Namun penalti yang diberikan VAR disempurnakan oleh Ronaldo untuk jaringan ke-35 dalam 35 perlawanan untuk kelab dan negaranya.

Pengurus pasukan, Maurizio Sarri hanya mampu meluahkan rasa kecewa selepas Juventus hanya mampu menghasilkan tiga percubaan lemah dalam perlawanan ini.

Minit akhir perlawanan sepakan gunting oleh Ronaldo dihalang oleh lengan Davide Calabria, yang pada ketika itu memandang ke arah lain.

Pengadil, Pablo Valeri tidak memberikan penalti pada mulanya, namun mengubah keputusan selepas melakukan semakan video di kawasan tepi teknikal padang.

Sebelum drama minit akhir perlawanan itu, seorang lagi pemain veteran, Gianluigi Buffon menyinar dalam perlawanan ini.

Penjaga gol Juventus berusia 42 tahun itu kali pertama memenangi trofi ini pada 1999 menyelamatkan beberapa percubaan daripada Rebic, Hernandez dan juga Zlatan Ibrahimovic.

Dalam satu lagi separuh akhir, Napoli memiliki kelebihan tipis selepas menewaskan Napoli 1-0 juga di San Siro sehari sebelumnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN