Bekas pemain Liverpool, Philippe Coutinho mengakui tidak terkejut dengan persembahan cemerlang pendahulu Premier League itu – lapor Goal.
Kini beraksi bersama-sama Bayern Munich di Jerman, Coutinho berkata ianya tidak akan berlaku jika beliau tidak meninggalkan kelab itu.
“Liverpool kini tterban tinggi dan saya tidak terkejut dengan itu.”
“Kita sudah lihat mereka berjaya merangkul UEFA Champions League musim lalu dan saya tidak terkejut kerana mereka mempunyai skuad dan pengurus yang cemerlang.
Coutinho mengatakan yang beliau cukup gembira dengan situasi itu kerana beliau mempunyai ramai kawan dan rakan sepasukan di sana.
Akan tetapi, Coutinho turut mengakui yang beliau tidak menyesali tindakannya meninggalkan kelab England itu.
“Saya tidak berpaling lagi, saya ambil jalan yang berbeza dan kini di dalam perjalanan yang lain.”
“Saya fokus sepenuhnya kepada perjalanan ini, seperti rakan-rakan lain untuk mengejar impian saya. Saya gembira dengan apa yang saya dapat pada masa lalu dan hanya boleh lihat ke hadapan sahaja.”