Safuwan Mohon Maaf Isu Video ‘Salt Bae’ Yang Dikaitkan Dengan JDT

Pemain tengah Selangor, Safuwan Baharudin memuat naik permohonan maaf kepada semua pihak yang tersingung dengan perbuatannya melakukan muat naik sebuah video yang mengaitkan dirinya dengan JDT sebelum ini.

“Kepada semua pihak, saya ingin menjelaskan diri saya di sini. Saya tidak sangka bahawa tad dan post [di Instagram Story] yang tidak bermaksud apa-apa akan menyebabkan banyak kebencian dan kekeliruan,” ujar Safuwan memberikan penjelasan.

“Saya tidak berpindah dan saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan JDT.

“Saya tidak bermaksud untuk menyakitkan hati atai menyinggung perasaan sesiapa. Dengan itu, saya ikhlas meminta maaf dan akan lebih berhati-hati dengan apa yang saya post di masa depan.”

Permohonan maaf oleh Safuwan itu dilakukan selepas satu muat naik di Instagram beliau sedang bergaya ala chef terkenal dunia, Nusret Gokce atau lebih dikenali sebagai Salt Bae, ketika sedang menikmati hidangan.

Muat naik tersebut turut disertakan dengan kata-kata: “Hanya cinta sejati, seperti bos yang sebenar”. Turut di-tag dalam muat naik tersebut ialah DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja yang merupakan pemilik JDT.

Muat naik tersebut turut dikongsikan oleh TMJ di laman paparan cerita Instagram baginda.

Muat naik oleh Safuwan itu kemudiannya menimbulkan tanda tanya ramai di kalangan penyokong Selangor sama ada Safuwan akan beralih angin ke selatan tanah air walaupun musim belum lagi bermula.

Pada minggu lalu, bekas pemain Pahang dan pemain dari Singapura ini turut dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Thai melibatkan tawaran amat lumayan.

Melalui uat naik terbarunya itu, Safuwan menepis segala dakwaan dan memohon maaf atas khabar angin yang tersebar akibat perbuatannya itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN