Antara Keluaran Terbaru Nike, adidas & Puma Ini, Yang Mana Anda Pilih?

Baru-baru ini, tiga jenama terkenal – Nike, adidas dan Puma – memperkenalkan produk kasut bola terbaru masing-masing untuk peminat bola sepak.

Nike memperkenalkan Nike Phantom Vision 2 berwarna ‘Kinetic Black’. adidas pula memperkenalkan Pek Adidas Mutator untuk empat model kasut bola mereka iaitu Predator, X, COPA dan Nemeziz. Manakala Puma pula memperkenalkan Pek Puma Eclipse untuk dua model kasut bola mereka iaitu Future dan One.

Nike Phantom Vision 2 (Kinetic Black)

Nike memperkenalkan Nike Phantom VSN II berwarna Kinetic Black pada hujung Januari 2020 lepas.

Sekali pandang, ia nampak seperti berwarna hitam sepenuhnya. Tetapi Nike Phantom VSN II ini sebenarnya mempunyai kemasan berluminasi di bahagian yang memaparkan logo ‘swoosh’ Nike di bahagian permukaan depan dan tepi.

Rupa Nike Phantom VSN II dalam warna Kinetic Black

Kemudian anda juga akan nampak tulisan PhantomVSN di bahagian tumit dan bentuk segi tiga di bahagian kekura kaki.

Ciri-ciri yang terdapat di Nike Phantom VSN II terbaru ini adalah:

1. Cengkaman lembut Quad-Fit untuk mengikat kaki tanpa menjerut kaki untuk sokongan kaki yang dinamik.

2. Tekstur bersasar di sekitar bahagian atas kaki untuk memberi sentuhan bola yang tepat dan kawalan bola yang kemas.

3. Teknologi Flyknit yang membuatkan kasut bola ini fleksibel dan memberi sokongan yang berongga.

4. System Ghost Lace yang mengetatkan kasut dengan satu tarikan. Ia disembunyikan dari pandangan mata kasar untuk memberikan permukaan sentuhan bola yang kemas dan tepat.

5. Cengkaman kolar Dynamic Fit di bahagian pergelangan kaki yang lembut, boleh diregang dan kukuh.

6. Lubang menarik lidah kasut.

adidas Mutator Pack

Pek adidas Mutator adalah keluaran terbaru kasut bola adidas untuk tahun 2020. Pek ini boleh didapati di empat modelnya iaitu Predator, X, COPA dan Nemeziz.

Model X dan Nemeziz dalam pek adidas Mutator berwarna gabungan biru/putih/hitam. Manakala untuk model Predator dan COPA, pek adidas Mutator menawarkan warna gabungan merah/hitam/putih.

Paling menarik adalah apabila model Predator dalam pek adidas Mutator ini turut mempunyai 258 ‘paku’ getah di bahagian luar permukaan kasut bola yng bertujuan ‘untuk memberi kelebihan tidak adil dalam permainan anda’.

Rupa 258 paku getah atau ‘DEMONSKIN’ yang memberi kelebihan kepada pemakai adidas Predator pek Mutator.

Puma Eclipse Pack

Pek Puma Eclipse pula menawarkan peminat kasut bola Puma rekaan visual yang lebih misteri untuk model Future dan One. Model Future menawarkan bahagian tapak yang berwarna ‘gerhana’ dan tulisan ‘Future’ di bahagian tumit. Manakala model One pula menawarkan tapak dan belakang tumit berwarna ‘gerhana’.

Rupa Puma Future dalam Pek Puma Eclipse
Rupa Puma One dalam Pek Puma Eclipse

Pek Puma Eclipse dikeluarkan untuk pemain yang mahu mencuba generasi baru kasut bola Puma – tetapi tidak berminat dengan warna yang lebih berani seperti yang dikeluarkan sebelum ini.

Dapatkan ketiga-tiga keluaran baru kasut bola Nike, adidas dan Puma ini di cawangan Football Republic di KLCC dan Sunway Pyramid SEKARANG!

Kunjungi juga laman media sosial Football Republic untuk tidak terlepas tawaran-tawaran hebat serta produk-produk bola sepak terbaru di pasaran. Jangan lupa untuk klik ‘Like’ dan ‘Follow’!

(SILA KLIK) Facebook Football Republic
(SILA KLIK) Instagram Football Republic

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN