Klopp Senaraikan Coutinho Dalam Senarai Untuk Dibeli

Jurgen Klopp dilaporkan memberikan harapan kepada Phillipe Coutinho untuk kembali semula ke Anfield – menurut laporan AS.

Menariknya, nama Coutinho dikatakan berada dalam senarai pemain untuk dibeli oleh Liverpool pada jendela perpindahan akan datang.

Prosedur biasa dilakukan pengurus, mereka akan menyenaraikan beberapa nama pemain dan mereka akan berbincang dengan pengarah sukan untuk langkah seterusnya.

Dan tak semua nama itu akan dibeli ataupun dibida. Ada banyak faktor lain yang mempengaruhi. Ini termasuk jika pasukan atau pemain tersebut tidak manhu perpindahan tersebut.

Coutinho berada dalam senarai Jurgen Klopp, tetapi bukan dalam senarai utama. Beliau berada dalam senarai pertimbangan, ataupun pelan B.

Liverpool menjangkakan beberapa pemain mungkin akan terpaksa dilepaskan. Sama ada kerana mahu mencari pemain baharu yang lebih baik ataupun isu kontrak yang tidak dipersetujui.

Coutinho dikatakan ‘back up’ untuk pemain seperti Adam Lallana dan Xherdan Shaqiri.

Dua pemain tersebut masih belum melanjutkan kontrak mereka di Anfield. Dan kemungkinan besar mereka akan keluar dari Anfield kerana mahukan lebih minit bermain.

AS juga melaporkan, Coutinho dalam senarai pelan B. Tetapi nama seperti Kai Havertz adalah pemain yang dalam senarai pelan A untuk dibawa ke Anfield.

Pemain penyerang Bayer Leverkusen itu cemerlang bermain dalam beberapa musim ini.

Coutinho bergelut dengan prestasi sejak meninggalkan Anfield. Beliau turut gagal mendapatkan semula prestasi terbaiknya ketika tempoh pinjaman di Allianz Arena.

Bayern Munich sudah memberitahu Barcelona bahawa mereka tidak berminat untuk mendapatkan Coutinho secara tetap.

Ia membuatkan Barcelona kini menawarkan harga lelong kepada mana-mana pasukan yang mahukan Coutinho. Barcelona meletakkan harga sekitar £70 juta untuk pemain itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN