Asmirul Tidak Senang Kedah Dituduh Gagal Bayar Gaji

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris nyata tidak senang dengan laporan sebuah akhbar semalam yang mendedahkan sebuah pasukan gergasi dari utara gagal menjelaskan bayaran gaji pemain dan pegawai selama dua bulan.

Malah sumber kepada laporan tersebut berkata kegagalan pihak pengurusan menjelaskan pembayaran gaji sememangnya mengejutkan ketika mereka pada awal musim ini sangat aktif membawa masuk beberapa muka baharu.

Laporan dari akhbar tersebut menyebabkan Asmirul dihujani oleh soalan dari kalangan penyokong setia pasukan Hijau Kuning.

“Negeri di sebelah utara merujuk kepada Kedah kah?” tanya Asmirul dalam muat naik di laman Facebook beliau.

“Maklumat dari mana yang di cungkil ambil (jika merujuk kepada Kedah) agar mudah untuk saya mengambil tindakan.

“Paling saya bimbangkan ialah serangan provokasi media ke atas persiapan Kedah untuk menghadapi Piala Sumbangsih.”

Asmirul dalam muat naik yag sama turut menjelaskan pengurusan KFA masih lagi mampu menjelaskan bayaran gaji pemain sehingga tamat musim 2019 yang lalu, walaupun tidak menerima geran sebanyak RM1.5 juta yang sepatutnya diperolehi daripada Malaysian Football League (MFL).

“Saya masih lagi menanti kesahihan yang jelas dari akhbar tersebut berhubung pertuduhan keatas Kedah (KFA), ” tambahnya lagi.

Arena Metro semalam, tanpa menamakan mana-mana pasukan melaporkan pemain dan kakitangan pasukan dari utara tersebut tidak menerima bayaran untuk Disember dan Januari lalu.

Manakala bayaran untuk November lalu turut lewat diterima.

Kenyataan Amirul ini jelas menampakkan beliau tidak senang dengan pertuduhan sedemikian. Namun ia juga kebiasaan bagi media untuk melaporkan mana-mana pasukan yang mengalami masalah gaji di negara ini.

Jika benar Kedah FA tidak mempunyai masalah gaji, rasanya cukuplah sekadar Amirul menafikannya. Kedah FA bukan satu-satunya pasukan Liga Malaysia yang berpengkalan di utara tanah air.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN