Khalid Ali Sokong Liridon

Legenda bola sepak negara, Khalid Ali memuji langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadikan pemain kelahiran Kosovo, Liridon Krasniqi sebagai pemain naturalisasi.

Malah bekas pemain yang sememangnya lantang dalam mengutarakan pandangannya itu percaya kepada keupayaan Liridon, dan turut membidas pihak yang berburuk sangka dengan pemain tersebut.

“Banyak negara lain sudah ambil pemain naturalisasi untuk bermain bersama pasukan kebangsaan. Jadi apa masalahnya? Semua orang sepatunya positif dengan langkah ini,” kata Khalid ketika bercakap kepada Sinar Harian.

“Jangan cepat buruk sangka tanpa melihat dahulu apa yang boleh disumbangkan Liridon kepada pasukan kebangsaan nanti. Apabila beliau telah bermain dan tidak mencapai apa yang diharapkan, barulah kita boleh menegur.

Sebelum ini Setiasusaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam dalam akaun media sosial rasmi FAM yang mengumumkan bahawa pemain kelahiran Kosovo itu telah menerima kad pengenalan (MyKad) di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.

Ini bermakna Liridon akan menjadi pemain naturaliasi kedua pasukan negara Selepas Mohamadou Sumareh. Namun tidak semua pihak senang dengan pemain tersebut, terutamanya di kalangan penyokong yang menganggap pemain tersebut sebagai besar kepala.

“Pada saya beliau pemain terbaik dan boleh bermain tiga atau empat tahun lagi di peringkat tertinggi. Saya percaya gandingannya bersama beberapa pemain tempatan seperti Safawi Rasid akan memberikan impak yang bagus,” tambah Khalid lagi.

“Saya juga lihat beliau mempunyai kelebihan berbanding pemain tempatan yang lain dan atas faktor itu beliau dipilih untuk bermain bersama Harimau Malaya.

“Bagi saya, semua pihak kena buka minda. Tindakan ini bukan langkah ke belakang tetapi salah satu cara untuk meningkatkan mutu skuad negara,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN