Herold Goulon, Sumareh Alami Kecederaan

Herold Goulon Pahang Liga Super 2020 Pra-Musim

Media sosial Pahang tampak sudah menghilang dan segala berita mengenai perkembangan pasukan juga semakin sunyi semenjak kontroversi perkongsian video lucah pada 22 Januari yang lalu.

Setakat ini, Pahang sudah melalui satu perlawanan pra-musim di Sungai Buloh dan telah merekodkan kemenangan 4-0 ke atas Ultimate FC dengan kelibat Francis Forkey Doe paling mencuri tumpuan.

Masih belum ada pengumuman rasmi mengenai status Forkey Doe, sama ada sudah menyertai pasukan kerana sehingga kini penyerang berbisa itu dikatakan sudah memiliki kontrak bersama Kuching FA.

Wartawan Astro Arena, Akbar Sahari ketika mengunjungi sesi latihan Pahang telah mendapati pertahanan tinggi lampai, Herold Goulon dan pemain sayap negara, Mohamadou Sumareh berlatih berasingan.

Adakah kedua-dua pemain utama Tok Gajah itu mengalami kecederaan serius dan jika benar Herold Goulon dan Sumareh cedera, ia sedikit sebanyak akan mengganggu persediaan yang sedang dijalankan.

Menjawab kepada persoalan tersebut, pengendali Pahang berusia 56 tahun itu menyatakan yang ketika ini, beliau terpaksa menggunakan kudrat pemain-pemain muda sebagai pengganti mereka.

“Dari segi kecederaan saya tidak risau, cuma persediaan kita untuk adakan perlawanan persahabatan tersekat akibat kecederaan pemain-pemain ini dan pemain import juga masih belum lengkap.

“Jadi, saya terpaksa menggunakan pemain-pemain muda untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan. Ini merencatkan sedikit persediaan pasukan,” ujar Dollah Salleh mengenai perkara tersebut.

Ketiadaan kedua-dua pemain tersebut memang sedikit merunsingkannya dek kerana pasukan juga sudah kehilangan ramai pemain tonggak yang telah beraksi pada saingan Liga Malaysia musim lalu.

Antara pemain yang meninggalkan naib juara Liga Super musim lalu itu adalah Safuwan Baharudin, Zubir Azmi, Wan Zaharulnizam, Norshahrul Idlan Talaha, Lazarus Kaimbi dan Dickson Nwakaeme.

“Daripada bulan Disember sehingga sekarang, saya belum dapat menyediakan pasukan yang sebenar, supaya kita dapat bersedia untuk menentang Selangor nanti,” tambah Dollah Salleh lagi.

Pahang dijadualkan akan bertemu musuh tradisi, Selangor dalam aksi pembukaan Liga Super 2020 mereka pada 29 Februari depan di halaman sendiri, Stadium Darul Makmur, Kuantan.

KREDIT FOTO: AKBAR SAHARI

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN