Manchester City terus bergelut dengan kecergasan para pemain mereka pada musim ini. Selepas beberapa siri kecederaan melibatkan ramai pemain utama, terbaru Man City menerima berita buruk tentang kecederaan Raheem Sterling.
Pemain antarabangsa England, Raheem Sterling dijangka akan terlepas aksi perlawanan menentang West Ham pada aksi EPL hujung minggu ini.
Ini selepas pemain tersebut disahkan mengalami kecederaan di bahagian hamstring.
Namun begitu, Man City sangat berharap pemain itu akan cergas untuk menghadapi Real Madrid dalam saingan kalah mati UCL.
Sterling mengalami kecederaan ketika aksi berhadapan dengan Tottenham. Manchester City sudah mengesahkan dan mengumumkan bahawa pemain itu akan berehat untuk minggu ini.
Man City menyatakan: “Raheem Sterling akan terlepas aksi kita berhadapan dengan West Ham pada hujung minggu ini. Ianya selepas hasil imbasan mendapati beliau mengalami kesakitan di bahagian hamstring sebelah kiri.”
“Semua pihak di Man City berharap yang terbaik, agar Raheem Sterling akan cepat sembuh.”
Raheem Sterling will miss our game against West Ham this weekend after scans revealed he has suffered damage to his left hamstring.
Everyone at City wishes @sterling7 a full and speedy recovery 💙 pic.twitter.com/fVIgTtwTfW
— Manchester City (@ManCity) February 6, 2020
Selain daripada terlepas aksi berhadapan dengan West Ham, Raheem Sterling juga mungkin bakal terlepas aksi final Piala Carabao berhadapan dengan Aston Villa, yang berlangsung pada 1 Mac akan datang.
Sterling dikeluarkan pada minit ke-84, ketika menentang Spurs. Beliau merupakan salah seorang pemain prolifik Man City, dengan 20 gol musim ini dalam semua kompetisi.
Manchester City kini berada di tangga kedua dalam carta Liga Perdana Inggeris. 22 mata di belakang pendahulu – Liverpool.