KAFA Optimis Yusri Che Lah Mampu Pacu Kecemerlangan Pasukan

Yusri Che Lah

Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menerusi presidennya, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah percaya ketua jurulatih, Yusri Che Lah mampu merintis kecemerlangan pasukan Kelantan pada musim ini sekaligus merealisasikan impian pasukan tersebut untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Super Malaysia 2021.

Memetik sumber Sinar Harian, keyakinan Datuk Wan Abdul Rahim itu ada asasnya kerana perancangan dan persiapan pasukan Kelantan pada ketika ini dilihat berada pada tahap yang terbaik.

”Saya lihat perancangan yang diatur oleh dia (Yusri) tahun ini lebih teratur dan kemas berbanding untuk persiapan pada musim lepas.”

”Yusri telah mengaturkan perlawanan persahabatan yang menarik bagi menguji barisan pemain pasukan Kelantan, sama ada mengadakan perlawanan menentang pasukan daripada Liga Super, Liga Premier dan pasukan luar negara dengan corak latihan yang diterapkan kepada pemain,” ujar Wan Abdul Rahim kepada wakil Sinar Harian.

“Saya yakin dengan apa yang dimiliki oleh dia dengan sokongan pihak pengurusan, barisan jurulatih dan pemain sendiri bagi mencapai sasaran kami untuk kembali beraksi ke saingan Liga Super musim depan.”

“Begitu juga kami yakin dengan kemampuan pemain-pemain muda tempatan yang dikekalkan oleh Yusri musim lepas untuk membawa cabaran pasukan Kelantan musim ini bagi memberikan saingan sengit kepada pasukan lain,” ujarnya lagi.

Bagi memantapkan skuad Kelantan dalam menghadapi kempen Liga Premier 2020, Yusri Che Lah telah bertindak membawa masuk dua pemain berpengalaman yang cukup luas dalam pentas bola sepak tertinggi di tanah air iaitu Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Nazrin Nawi. Lebih menarik kedua-dua pemain tersebut merupakan anak kelahiran Tumpat.

Wan Zaharulnizam sebelum ini pernah menyarung jersi Kelantan selama tiga musim (musim 2014 hingga 2016) manakala Nazrin Nawi pula bakal membuat penampilan musim pertamanya bersama negeri kelahirannya ini.

Kelantan terpaksa beraksi dalam saingan Liga Premier selepas sekadar menamatkan kempen Liga Super 2018 di tangga ke-11 apabila hanya mengumpul 18 mata daripada 22 perlawanan dilalui.

Kredit foto: Kelantan FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN