£150 Juta Untuk Dibelanjakan

Pengurus Chelsea, Frank Lampard dilaporkan akan diberikan dana perpindahan sebanyak £150 juta pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Ianya selepas beliau gagal mendapatkan sebarang pemain pada Januari. Lampard sebelum ini mengkritik bahagian pengambilan pemain Chelsea yang diketuai Marina Granovskaia.

Di mana Lampard menyifatkan Chelsea sendiri yang telah melemahkan pasukan mereka sehingga menjadi underdog untuk perebutan empat tempat teratas.

Ianya selepas seteru mereka seperti Man United dan Spurs mendapatkan pemain berkualiti dalam perpindahan lalu. Tetapi Chelsea gagal dalam beberapa usaha mereka.

Chelsea terpaksa terus mengekalkan pemain seperti Giroud kerana mereka tak dapat menandatangani sebarang penyerang.

Chelsea melakukan beberapa siri perbincangan awal dengan beberapa kelab termasuk Lyon, bagi mendapatkan Moussa Dembele, PSG – untuk Edinson Cavani, serta bercakap dengan Napoli untuk Dries Mertens.

PARIS, FRANCE – APRIL 21: Edinson Cavani of Paris Saint-Germain warms up before the Ligue 1 match between Paris Saint-Germain and AS Monaco at Parc des Princes on April 21, 2019 in Paris, France. (Photo by Aurelien Meunier – PSG/PSG via Getty Images )

Namun kesemuanya gagal dimeterai. Mereka juga cuba menjadikan pemain seperti Piatek sebagai pembelian panik, itupun turut gagal.

Kegagalan mendapatkan pemain pada Januari bermakna Lampard sudah dua jendela perpindahan tak membeli pemain.

Lampard sendiri pelik dengan Chelsea yang bersungguh sungguh untuk merayu bagi mengurangkan hukuman penggantungan. Tetapi selepas itu tidak membeli pemain apabila sudah dibenarkan?

Jadi, pada perpindahan akan datang, Chelsea sudah menyediakan dana sekitar £150 juta untuk dibelanjakan Lampard.

Dua pemain dalam senarai sasaran utama mereka ialah Timo Werner dan pemain kebangsaan England, Jadon Sancho.

Timo Werner sudah menyatakan bahawa beliau membuka pintu kepada perpindahan ke EPL. Tetapi beliau mahukan jaminan dalam kesebelasan utama. Chelsea dilihat destinasi terbaik buat beliau.

Sancho pula agak sukar, jika Chelsea benar benar mahukan beliau. Pemain itu diletakkan tanda harga minimum £100 juta oleh Borussia Dortmund.

Lampard juga dikatakan masih berminat dengan Moussa Dembele walaupun ada laporan menyatakan Lampard tidak ada menyenaraikan pemain itu dalam senarai pemain dikehendaki.

Namun jangan gembira dahulu. Kerana sebelum ini angka yang sama dijanjikan kepada Frank Lampard untuk dibelanjakan pada Januari 2020, selepas penggantungan dikurangkan.

Malang sekali Lampard tak dapat sebarang pemain.

Di dalam pengurusan Chelsea, kuasa akhir jual beli pemain adalah di tangan Marina Granovskaia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN