Jose Mourinho menyatakan beliau adalah lebih banyak pandangan positif berbanding dengan negatif ke atas seteru peribadinya, Pep Guardiola.
Kedua-dua pengurus sebelum ini pernah berseteru di el clasico dan derbi Manchester. Dan kini masih lagi bertemu dalam liga yang sama.
Dalam pertembungan di antara Spurs dan Man City semalam, skuad bimbingan Jose Mourinho menang 2-0.
Kemenangan itu menghidupkan kembali harapan empat teratas oleh Spurs, dan pada masa yang sama memberikan kerosakan yang sangat besar kepada kempen mempertahankan kejuaraan liga oleh Man City.
FT: #thfc 2-0 Manchester City
✅ Cleansheet
✅ Mourinho tactically spot on
✅ Bergwijn debut and a goal
✅ Hugo Lloris with a big performance
✅ Sonny back scoring
✅ Pure scenes in N17
✅ Top 4 race is on
✅ Tanganga doing bitsDescribe that game in 3️⃣ words! pic.twitter.com/pSNPBX5bRJ
— The Spurs Web (@thespursweb) February 2, 2020
Man City kini masih berada 22 mata di belakang Liverpool selepas pesaing mereka itu menang ke atas Southampton semalam.
Mourinho berkata: “Ia adalah satu keseronokan untuk mendapat tiga mata dalam satu perlawanan yang kami tahu ia akan menjadi sangat sukar.”
“Saya ada perasaan yang lebih positif untuk Pep, daripada yang anda bayangkan. Kami telah bekerja bersama selama tiga tahun.”
Mourinho kemudian menyerahkan isu kontroversi kepada pengadil dan VAR. Beliau tidak faham kenapa Raheem Sterling tak dibuang padang, jika pengadil – menerusi bantuan VAR – mendapati pemain itu melakukan simulasi.
https://twitter.com/i/status/1224044160681947136
Pengadil Mike Dean telah memberikan kad kuning pertama lebih awal untuk pemain sayap City itu, selepas kekasaran ke atas Dele Alli. Malah ada yang berpendapat, ia sepatutnya kesalahan yang ‘straight red’
Sterling kemudian melakukan simulasi untuk mendapatkan satu lagi penalti, selepas Lloris menafikan penalti Ilkay Gundongan.
Mourinho meminta penjelasan daripada Kevin Friend selaku pegawai yang bertugas di bilik VAR.
Mourinho berkata: “Hanya [VAR] dan Kevin Friend sahaja boleh menjelaskan mengapa ia bukan kad merah [untuk Raheem Sterling].”
“Beliau mempunyai peluang untuk menonton lagi ulang tayang insiden itu. Keputusan itu mampu mengubah permainan.”‘
Mourinho menyatakan Mike Dean telah melakukan tugasannya dengan baik selaku pengadil utama. Cuma masalahnya adalah pada VAR.
📕 Raheem @Sterling7 not receiving a red card.
⏱ Penalty given to @ManCity 3 minutes after play continued.
💔 "I thought I was going to love VAR!"
🤷♂️ Jose Mourinho on his complicated relationship with technology. pic.twitter.com/KsXmQ6HJRm
— SPORF (@Sporf) February 2, 2020
Mourinho kemudiannya menganggap perlawanan ini jelas sekali memberikan kelebihan besar kepada mereka.
“Ini mungkin bukan permainan yang menyeronokkan, satu pasukan dengan lebih seorang pemain selepas tempoh satu jam permainan, adalah satu kelebihan besar. Saya fikir ia adalah kad merah yang jelas.”
Kemenangan Spurs yang diperoleh hasil daripada gol dari Steven Bergwijn dan Son Heung-min melonjakkan mereka ke tangga kelima dalam carata Liga Perdana Inggeris.
Kemenangan itu sangat penting dalam usaha Spurs mahu mara ke UCL pada musim hadapan.
“Dengan beberapa pasukan di sekitar kami yang mencatatkan keputusan seri. Maka sangat penting untuk kami mendapatkan 3 mata hari ini.”
“Kami masih mengintai peluang untuk berada dalam empat teratas. Ia perlawanan di mana kamu mengetahui kualiti lawan kamu.”
“Dan kamu mahu menang, tetapi dalam pada masa yang sama kamu boleh kalah. Saya gembira dengan prestasi para pemain saya hari ini.”