EPL 2016/17 Catat Rekod Tajaan Jersi Bukti EPL Masih Kuat Kuasa Komersial Dan Populariti- Tajaan Oleh Syarikat Perjudian Turut Meningkat

Penajaan jersi adalah aspek yang penting dalam menjana pendapatan kelab. Seperti lazimnya, para penaja akan mencari platform yang ada kuasa komersial yang tinggi.

Populariti Liga Perdana Inggeris (EPL) masih lagi gah. Buktinya, semakin banyak penaja daripada syarikat-syarikat gergasi sanggup memberikan tajaan yang tinggi.

Ia tamparan yang hebat kepada liga-liga lain seperti Liga Sepanyol dan Jerman yang dominan di atas padang sejak akhir-akhir ini namun masih gagal menyaingi nilai komersial dan populariti EPL.

Analisis Sportingintelligence

Laporan oleh Sportingintelligence menyatakan jumlah terkumpul tajaan jersi untuk 20 kelab Liga Perdana Inggeris untuk musim 2016/17  mencatatkan satu lagi rekod baru dengan nilai keseluruhan £226.5 juta.

chelsea-15-16-third-kit (2)

Ia adalah peningkatan sebanyak £3.6juta daripada musim sebelum ini. Peningkatan ini adalah testimoni terbesar kehebatan kuasa komersial Liga Perdana Inggeris.

Pertumbuhan penajaan jersi ini meningkat lebih daripada dua kali ganda dalam tempoh enam tahun. Pada musim 2010/11, nilai tajaan terkumpul di Liga Perdana Inggeris adalah sebanyak £100.5 juta.

Jumlah ini 2 kali ganda daripada jumlah tajaan terkumpul oleh Bundesliga pada musim lalu. Menurut penganalisis industri Repucom, pada musim 2015/16, 18 kelab Bundesliga berjaya mencatatkan tajaan jersi bernilai £101m.

Manakala, La Liga Sepanyol pula hanya mencatatkan nilai tajaan terkumpul kira-kira £65m juta sahaja musim lalu walaupun mereka memiliki ramai bintang bolasepak yang menjadi kuasa komersial seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Neymar, Gareth Bale dan ramai lagi.

United Paling Tinggi – Berlaku Pertumbuhan Mendadak Untuk Kelab Kurang ‘Popular’

Manchester United telah mendapat tajaan tertinggi dengan nilai tajaan £47juta setahun oleh Chevrolet. Ia masih kekal sebagai rekod perjanjian terbesar dalam sejarah penajaan jersi di Liga Perdana Inggeris setakat ini.

MUFC-Hero-Shot

Beberapa kelab yang sebelum ini kurang mendapat perhatian penaja turut menikmati peningkatan yang besar pada musim 2016/17.

Southampton telah menandatangani perjanjian baru bernilai £6 juta setahun dan bonus prestasi oleh Virgin Media. Ia adalah peningkatan sebanyak £5 juta setahun berbanding perjanjian dengan Veho sebelum ini.

Southampton-201617-home-kit

Sunderland, Stoke dan West Brom juga telah berjaya mendapat tawaran yang lebih baik musim ini. Anda boleh rujuk grafik di bawah ini yang dihasilkan oleh Sportingintelligence.

PL-shirts-16-17

Berdasarkan sumber daripada Liga Perdana Inggeris, 16 kelab telah menggunakan 14 penaja yang beribu pejabat di luar England.

Ada yang berpangkalan Amerika Syarikat, China, Jepun, Thailand, United Arab Emirates, Malta dan Costa Rica. Manakala Mansion dan Dafabet pula telah menaja 2 buah kelab.

maxresdefault

Hull baru-baru ini telah mengumumkan penaja jersi baru mereka yang berpangkalan di Kenya. Ia adalah firma perjudian SportPesa.

hull

Justeru, ia menjadi syarikat Afrika pertama untuk menaja kelab Liga Perdana Inggeris dengan perjanjian tiga tahun bernilai sekurang-kurangnya £3 juta setahun.

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris Leicester hanya mampu berkongsi jumlah tajaan yang terendah bersama-sama dengan berberapa kelab lain dengan nilai tajaan hanya £1 juta setahun dengan klausa tambahan bonus prestasi.

kit-fans-4-3280-3098044_613x460

Leicester dilaporkan telah menerima bonus besar kerana memenangi liga musim lalu. Namun mereka tidak mendedahkan sebarang maklumat lanjut.

Hanya Liverpool, Southampton, Stoke dan Middlesbrough menggunakan penaja yang berpangkalan di Britain.

4 kelab telah membawa masuk penaja baru. Mereka adalah Southampton, Swansea, West Brom dan Hull.

Pertambahan Penajaan Oleh Firma Perjudian

Walaupun FA England telah mengenakan larangan menyeluruh terhadap mana-mana pemain dan jurulatih terlibat dengan perjudian bola sepak, namun begitu 10 pasukan Liga Perdana sudah mengesahkan tajaan mereka adalah daripada syarikat-syarikat perjudian.

burnley-kit-home-e1469632348827

Ia peningkatan sebanyak 7 tajaan daripada firma perjudian berbanding dengan musim lalu. Persoalan yang menarik, adakah ia akan membuka pintu kepada skandal mengatur perlawanan?

Ini kerana kini syarikat-syarikat perjudian sudah semakin dekat dengan kelab-kelab bolasepak yang besar. Pemilik-pemilik syarikat judi ini juga, sudah tentu akan lebih rapat dengan jurulatih dan para pemain.

Mungkinkah, akan berlaku terma-terma meragukan seperti duit hadiah yang besar disuntik ke dalam akaun kelab. Nampaknya, FA England perlu berwaspada dengan sebarang kemungkinan.

Baca juga: Real Madrid & Barcelona Perkenal Jersi Away Warna Sama Pada Hari Yang Sama

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN