Mari Gembira Dapat Jumpa Salah, Mane, Dan Firmino Lagi

Arsenal mengesahkan bahawa Pablo Mari sah menjadi milik mereka. Pemain tersebut dikaitkan dengan Arsenal sejak awal jendela perpindahan lagi.

Ini kerana Mikel Arteta mahu mencari seorang pemain pertahanan bagi menguatkan lagi pasukannya. Dengan ditambah oleh beberapa krisis kecederaan yang melanda, Arsenal menyegerakan usaha untuk membawa pemain ini.

Pablo Mari mungkin kurang dikenali oleh para peminat Liga Perdana Inggeris mahupun di pentas Eropah.

Namun aksi cemerlang beliau ketika kejohanan Piala Dunia kelab tempoh hari telah menarik perhatian ramai pihak.

Pablo Mari beraksi dengan sangat baik ketika berhadapan dengan salah sebuah trio serangan terbaik di dunia ketika ini iaitu Mohamed Salah – Sadio Mane – Roberto Firmino.

Beliau berjaya membantu Flamengo untuk kekal tidak dibolosi sepanjang 90 minit.

Namun sayangnya, pada masa kecederaan Pablo Mari dan rakan-rakannya akur dengan kehebatan pasukan lawan yang mendapat gol kejuaraan oleh Roberto Firmino.

Bercakap kepada media rasmi kelab Arsenal, Pablo Mari menyatakan:

“Ianya satu pengalaman yang sangat berharga dapat berhadapan dengan trio tersebut.”

“Saya suka berhadapan dengan pasukan-pasukan yang besar. Dan Saya rasa saya telah beraksi dengan baik dalam perlawanan seperti itu.”

“Namun begitu, mereka hanyalah pemain yang sama seperti pemain yang lain. Apa yang membezakan mereka adalah, mereka bertiga dalam prestasi yang terbaik pada ketika ini. Dan mereka bertiga berada di kalangan pemain pemain terbaik di dunia.”

“Namun begitu kita juga lagi pasukan yang hebat dengan pemain-pemain handalan.”

“Inilah bola sepak dan kamu mencari perkara seperti ini. kamu harus bersaing dengan setiap pasukan tidak kira mereka adalah pasukan Liverpool ataupun pasukan lain di dunia ini.”

“Saya menaruh kepercayaan yang sangat tinggi kepada pasukan ini, Arsenal. Dan Saya yakin kita akan melakukannya dengan sebaik mungkin.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN