Manchester United Masih Percayakan Ole

Kelab Premier league, Manchester United masih lagi meletakkan kepercayaan kepada pengurusnya iaitu Ole Gunnar Solskjaer dalam usaha memberikan kejayaan yang dilihat jauh dari pantauan mereka buat masa ini.

Menurut laporan Sky Sports, pihak pengurusan tertinggi Manchester United masih lagi mengekalkan sepenuh kepercayaan mereka terhadap pengurus dari Norway itu untuk terus mengemudi pasukan walaupun rekod jelas tidak menyebelahi Red Devils.

Kepercayaan itu dizahirkan selepas Manchester United merakamkan satu lagi kekalahan dalam aksi Premier League iaitu tumbang di tangan Burnley dengan jaringan 2-0 di laman sendiri.

Kemarahan penyokong Manchester United jelas ketara kerana kemenangan itu memberikan kejayaan buat Burnley yang pertama kali menang di Old Trafford selepas 58 tahun dengan ramai penyokong meninggalkan stadium dengan lebih awal.

Pihak pengurusan tertinggi kelab masih tidak mempunyai perancangan untuk memecat Solskjaer dengan para pemain turut menyatakan sokongan mereka yang tidak terbelah bahagi terhadap pengurus tersebut.

Untuk rekod, Manchester United telah merakamkan kekalahan yang keempat dalam masa sebulan pertama di tahun 2020.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN