Penyandang kejuaraan Bundesliga, Bayern Munich telah membawa masuk pemain pertahanan kanan Sepanyol, Alvaro Odriozola menerusi perjanjian secara pinjaman dari Real Madrid sehingga penghujung musim.
Pemain berusia 24 tahun itu menyambut baik peluang untuk menyertai kelab gergasi Jerman itu selepas bosan ‘diperap’ dengan hanya bermain lima perlawanan sahaja untuk Los Blancos pada musim ini.
Odriozola tiba di Barnabeu dari Ral Sociedad semasa tempoh perpindahan musim panas pada 2018 dan membuat 22 penampilan pada musim pertamanya. Namun sejak kebelakangan ini beliau semakin kerap dipinggirkan oleh Zinedine Zidane yang lebih gemar menggunakan Dani Carvajal.
¡¡Estamos preparados!!! A por ello!! 💪 ⚽️ 👊 #MiaSanMia
— Álvaro Odriozola (@alvaroodriozola) January 22, 2020
🔴 We are ready!! Go, @FCBayern !!!! pic.twitter.com/1R2pRzBF5I
Beliau juga merupakan sebahagian daripada skuad kebangsaan Sepanyol semasa edisi Piala Dunia 2018 di Rusia. Setakat ini beliau sudah pun mengumpul empat kaps bersama La Roja dan menjaringkan satu gol.
“Berdasarkan perbincangan dalaman, kami bersetuju dengan hasrat ketua jurulatih Hansi Flick untuk menguatkan barisan pertahanan dan memutuskan untuk mendapatkan Alvaro Odriozola.
“Kami gembira dengan kehadiran pemain berkenaan dan berterima kasih kepada Real Madrid di atas kerjasama yang baik,” kata Pengerusi Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge.
🎙 @alvaroodriozola on his first day at #FCBayern: "My first impression of the team is excellent, it couldn't have gone any better. There are a few Spanish speakers and I was welcomed in immediately."#ServusÁlvaro #MiaSanMia pic.twitter.com/UH8RvPfbLt
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) January 22, 2020
Selain itu, Bayern juga telah meminjam penyerang muda Jerman, Nicolas Kuhn dari Ajax sehingga penghujung musim ini. Ia berkemungkinan adalah sebagai pelan jangka masa pendek untuk menampung ketiadaan seorang lagi penyerang muda berusia 20 tahun, Jann-Fiete Arp yang kerap dilanda kecederaan dan masih belum bermain sebarang perlawanan kompetitif untuk The Bavarians.