Presiden La Liga Kutuk Format Baharu Piala Dunia Kelab

Presiden La Liga, Javier Tebas telah mengecam sekeras-kerasnya keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang mengembangkan struktur pertandingan Piala Dunia Kelab kepada pertandingan format 24 pasukan.

Menurut laman The Guardian, FIFA seolah-olah tidak memikirkan kesan yang bakal dihadapi oleh pasukan-pasukan yang bertanding kerana format yang diperkenalkan mereka itu.

“FIFA sepatutnya menjadi badan induk bola sepak, mereka memberikan kalendar berbeza dan bila kita semua kena bermain.”

“Apa yang menyedihkan, mereka yang sepatutnya menganjurkan Piala Dunia kini bercakap mengenai Piala Dunia Kelab. Mereka mahukan ianya dilangsungkan setiap dua tahun. Ianya bukan pilihan kerana ini akan mengubah status quo, ini tak boleh berlaku.”

Menurut perancangan FIFA, Piala Dunia Kelab akan diluaskan penyertaannya kepada 24 pasukan dengan Eropah akan diwakili oleh lapan pasukan. Amerika Selatan akan mempunyai enam pasukan.

Bagi benua Amerika Utara dan Asia pula akan diwakili oleh tiga pasukan dan satu sahaja wakil dari Ocenia.

Ianya akan dirancang untuk diadakan setiap empat tahun sekali bermula 2021 di China dan kejohanan Piala Konfederasi yang digunakan untuk menguji stadium-stadium tuan rumah Piala Dunia pula akan dihapuskan serta-merta.

Bagi Tebas, apa yang dirancang oleh FIFA ini tidak dilihat secara keseluruhannya terutamanya kepada impak selepas kejohanan.

“Beberapa minggu lepas pihak FIFA ke China dan bercakap mengenai berapa banyak mereka akan peroleh jika ke sana. Mereka akan bercakap mengenai agihan wang tetapi tidak berbicara mengenai impak agihan itu kepada sesetengah negara.”

“Cuba bayangkan dua pasukan dari Argentina menyertai kejohanan ini. Ianya akan menjana 40 ke 50 juta wang dari kejohanan seperti ini dan ianya akan beri impak kepada liga di Argentina. FIFA tidak melihat kepada kesan kejohanan ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN