The Red Warriors Jumpa Penyokong Di Karangkraf Shah Alam 15 Februari Ini

Kelantan

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengadakan Himpunan Gegar Penyokong TRW di Kompleks Karangkraf, Shah Alam pada 15 Februari ini bagi memperkenalkan barisan pemain The Red Warriors (TRW) yang akan bersaing di Liga Malaysia (Liga-M) pada musim baharu ini kepada penyokong setia mereka di Lembah Klang.

Tarikh berkenaan dipilih bersempena perlawanan pra-musim pasukan Kelantan di Lembah Klang di mana mereka telah dijadualkan berdepan PDRM pada 14 Februari dan PJ City FC pada 16 Februari.

Pengerusi Publisiti dan Kelab Penyokong KAFA, Datuk Ir. Saamin Fahmi Hassan dalam kenyataannya kepada Sinar Harian memaklumkan, majlis tersebut turut dirancang untuk mengumpul semua kelab penyokong bagi memudahkan pihaknya mendapatkan maklum balas dan seterusnya dapat membuat perancangan yang lebih baik.

“Seperti yang kita maklum, KAFA tidak mempunyai sebarang database mengenai kelab penyokong. Sebelum ini kita sudah menyebarkan borang kepada semua pihak supaya maklumat mengenai kelab dapat dikumpulkan.

“Dengan adanya perhimpunan ini secara tidak langsung kita akan merapatkan hubungan antara pemain, pengurusan dan penyokong,” katanya.

Tambahnya lagi, penyokong merupakan tonggak penting kepada nadi pasukan dalam memastikan pembangunan dan kejayaan TRW dan mereka cukup dikenali dengan semangat cintakan negeri asal mereka sekalipun telah bertebaran merantau di tempat orang.

Mengulas lanjut, Saamin mengambil contoh perlawanan persahabatan menentang Terengganu dan Kedah baru-baru ini di mana penyokong Kelantan telah membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu sekalipun dikenakan bayaran tiket masuk.

“Melalui perlawanan itu, KAFA dapat mengumpul kutipan lebih RM100,000. Ini membuktikan penyokong TRW dalam kedudukan yang tersendiri.

“Maknanya tiada pasukan Liga M yang mampu menyaingi Kelantan, kita tengok walaupun ada sesetengah memberi percuma masuk ke stadium untuk perlawanan persahabatan tetapi masih tiada sambutan daripada penyokong,” katanya.

Pengerusi Majlis Penasihat KAFA, Datuk Muhammad Nasir Hamzah yang juga Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf menyeru semua penyokong TRW di seluruh negara untuk hadir ke Shah Alam bagi menyuntik semangat kepada pasukan dan mengembalikan kegemilangan pasukan Pantai Timur itu.

Kredit Foto: Kelantan FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN