Juventus dalam kenyataannya mengesahkan pemain pertahanan, Merih Demiral telah disahkan mengalami kecederaan lutut yang serius dan akan menjalani pembedahan.
Ini bermakna pertahanan Turki itu berkemungkinan besar akan diketepikan sehingga penghujung musim ini dan berpotensi untuk terlepas beraksi di saingan Euro 2020 pada bulan Jun nanti.
Forced off but what a way to score your first ⚪⚫ DemiGOAL! Get back soon, @Merihdemiral!💪#RomaJuve #FinoAllaFine #ForzaJuve pic.twitter.com/pWbKIHtxKG
— JuventusFC 🇬🇧🇺🇸 (@juventusfcen) January 12, 2020
Pemain berusia 21 tahun itu telah menjaringkan gol pertama pasukannya pada awal permainan ketika perlawanan menentang AS Roma pada Ahad, namun beliau telah dikeluarkan pada minit ke-19 dan digantikan dengan Matthijs De Ligt.
“Semasa perlawanan malam tadi, Merih Demiral telah mengalami kecederaan pada lutut kirinya,” ujar Juventus dalam kenyataan rasmi kelab. Kenyataan tersebut juga menjelaskan pemeriksaan staf perubatan mendapat ianya merupakan kecederaan ligamen (ACL) dan tempoh untuk pulih mengambil masa sehingga enam bulan.
Pemain tengah Roma, Nicolo Zaniolo turut dilanda kecederaan ACL dalam perlawanan yang sama dan ianya sudah tentu satu tamparan buat Itali yang kehilangan pemain muda berbakat itu menjelang kejohanan Eropah yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Roma talent Nicolo Zaniolo has suffered an ACL injury and will undergo surgery on Monday.
He will likely miss the rest of the season and is a huge doubt for Italy's Euro 2020 campaign.
— GOAL (@goal) January 12, 2020
Selepas menyertai Juventus pada musim ini, Demiral pada awalnya lebih banyak memanaskan bangku simpanan terutamanya apabila De Ligt yang mempunyai reputasi cukup hebat lebih banyak diberi peluang untuk diturunkan.
Namun demikian sejak kebelakangan ini, beliau lebih menjadi pilihan utama Maurizio Sarri untuk membarisi kesebelasan utama dan sekaligus mengetepikan bekas pertahanan Ajax tersebut yang masih bergelut untuk menyesuaikan diri dengan permainan di Itali.
Juventus juga telah pun kehilangan pemain pertahanan berpengalaman mereka, Giorgio Chiellini selepas pemain tersebut dilanda kecederaan lutut ketika sedang menjalani latihan bersama pasukan pada September lepas.
https://twitter.com/IFTVofficial/status/1216542145118658560?s=20
Demiral muncul pemain Turki pertama yang menjaringkan gol untuk Juventus dalam Serie A dan beliau turut tersenarai sebagai salah seorang pemain pertahanan muda yang menjaringkan gol dalam saingan liga musim ini.