Arsenal semalam telah keciciran mata sekali lagi di tangan Crystal Palace, meskipun mereka bermain sangat baik pada permulaan.
1. Aksi 20 minit yang menggiurkan
Arsenal bermainn salah satu bola sepak terbaik pada 20 minit pertama. Malah pengulas perlawanan menganggap ia adalah aksi hampir sempurna.
Arsenal turut menjaringkan gol pendahuluan mereka menerusi Pierre-Emerick Aubameyang.
Arsenal melakukan counterpressing yang intensif. Mereka memenangi bola kedua dengan baik.
2. Peranan Sead Kolasinac
Dalam perlawanan ini, Sead Kolasinac dijadikan false fullback. Di mana beliau akan masuk ke dalam kawasan tengah ketika pasukan dalam penguasaan bola yang tinggi.
Kolasinac has so improved his positioning. He understands what is expected of him now. Keep up the good work sead.. #CRYARS @seadk6 #arsenal pic.twitter.com/tchPE7KuHn
— Super Dev 🚀🚀 (@iconcutie) January 11, 2020
Prestasi pemain ini pada separuh masa pertama memang sangat baik dan beliau jelas faham dengan kehendak peranan itu.
3. Arsenal tak mampu kekalkan intensiti
Masalah Arsenal pada separuh masa kedua, mereka gagal bertahan lama dengan intensiti dan tempo yang mereka miliki pada separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua, Crystal Palace tampil lebih fizikal dan agresif. Ini membuatkan The Gunner kelihatan tidak selesa.
James McArthur’s game by numbers vs. Arsenal:
89% pass accuracy
5 ball recoveries
4/4 tackles won
4 interceptions
4 fouls wonHuge defensive numbers for the Scot. 🏴#CPFC #CRYARS pic.twitter.com/8z2VyXBLll
— PalaceEagles (@PalaceEaglesc0m) January 11, 2020
Arsenal kemudian terlalu banyak membiarkan Palace akses ke kawasan pertahanan mereka. Berbeza dengans separuh masa pertama di mana counterpressing mereka berfungsi baik.
4. Kad merah Aubameyang
Arsenal kemudian dikurangkan kepada 10 pemain. Ini selepas kapten mereka, Pierre-Emerick Aubameyang melakukan terjahan bahaya.
VAR memberikan kad merah kepada pemain itu. Ia membuatkan malam Arsenal menjadi semakin sukar.
https://twitter.com/FutbolBible/status/1215995542460936193
Akhirnya Arsenal terpaksa bermain mendapatkan 1 mata selepas tiga mata terlepas dari genggaman mereka.
3 – Pierre-Emerick Aubameyang is the third Arsenal player to score and be sent off in the same Premier League match, and the first since Mikel Arteta vs Crystal Palace at Selhurst Park in October 2013. Repeat. #CRYARS pic.twitter.com/2Gbh7Z8JpY
— OptaJoe (@OptaJoe) January 11, 2020
5. Slot UCL semakin jauh dari jangkauan
Keciciran mata dalam aksi di Selhurst Park memberikan impak kepada usaha Arsenal untuk bangkit mengejar slot UCL musim hadapan.
Arsenal kini terperosok ke tanggan ke-10 dengan dibezakan 11 mata daripada tempat keempat. Chelsea dan Man United masing-masing menang dalam aksi mereka semalam.
Rumusan
Perlawanan ini adalah ibarat 2 alam untuk Arsenal. Alam yang indah dan sensasi pada separuh masa kedua. Namun alam yang gelap pada separuh masa kedua.
Crystal Palace hampir mengejutkan mereka dengan lebih teruk dengan adanya pemain ekstra.