Piala Super Sepanyol: Atletico Singkir Barca

Angel Correa menjaringkan gol minit akhir perlawanan untuk melengkapkan kebangkitan Atletico ke atas Barcelona dalam aksi Piala Super Sepanyol yang berlangsung malam Khamis.

Aksi Piala Super Sepanyol kali ini dilangsungkan di seberang laut. Ianya bertempat di King Abdullah Sports City in Jeddah, Arab Saudi.

Separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. Namun Barcelona seperti dijangka pasukan yang tampil lebih dominan.

Namun aksi bola sepak yang serba menghiburkan dipamerkan pada separuh masa kedua dengan 2 gol dibatalkan. Sebanyak tiga kali pendahuluan bertukar tangan.

Koke meletakkan Atletico di hadapan sebaik sahaja sepak mula separuh masa kedua.

Lionel Messi yang merupakan bintang utama kejohanan kali ini meletakkan Barcelona di depan pada minit ke-51.

Bekas pemain Atleti, Antoine Griezmann meletakkan Barcelona di hadapan pada minit ke-62.

Rata-rata penyokong di dalam stadium lebih memberikan sokongan kepada Barcelona.

Barca menguasai perlawanan namun Atletico terus kekal dengan disiplin mereka seperti biasa.

Pada 10 minit terakhir pasukan Atletico melakukan kebangkitan luar biasa.

Alvaro Morata menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-81. Dan diikuti oleh jaringan yang membawa Atletico ke final menerusi Correa, selang lima minit kemudian.

Atletico menang 3-2 ke atas Barcelona dan menempah tiket di final.

Kekalahan Barcelona ini bermakna, hasrat penyokong di Arab Saudi yang mengidamkan aksi pertemuan el clasico untuk aksi final kali ini, tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya final adalah melibatkan derbi Madrid.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir semalam Real Madrid berjaya menumpaskan pasukan Valencia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN