KAFA Mula Selesaikan Tunggakan Gaji Badhri Radzi Secara Ansuran

Hari ini Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menerusi Syarikat Team Red Warriors (TRW) Sdn. Bhd telah mengadakan pertemuan dengan bekas kapten pasukan itu Mohd. Badhri Radzi atau Piya.

Dalam pertemuan itu, TRW Sdn. Bhd yang diwakili Pengarah Urusannya Datuk Wan Rakemi Wan Zahari telah bersetuju untuk melunaskan bayaran lapuk itu secara beransur-ansur.

Wan Rakemi berkata, bayaran secara ansuran itu membuktikan komitmen badan induk itu dalam melunaskan semua tunggakan hutang lapuk yang menyebabkan imej KAFA terus terjejas.

“Sebagai permulaan, kita lunaskan sebahagian bayaran tunggakan gaji bekas kapten TRW itu menggunakan wang hasil jualan tiket.

“Saya amat berterima kasih kepada Piya kerana sudi berbincang dan bersetuju dengan kaedah bayaran ansuran yang telah dicadangkan oleh TRW Sdn. Bhd,” katanya.

Wan Rakemi memberitahu, selain Piya pihaknya juga telah melangsaikan sebahagian tunggakan hutang lapuk membabitkan bekas penjaga gawang Khairul Fahmi Che Mat atau Apek.

Khairul Fahmi
FOTO: MUSA

Katanya, paling mengembirakan Apek juga bersetuju dengan pelan pembayaran yang telah dikemukakan oleh TRW Sdn.

“Kita gunakan sepenuhnya hasil keuntungan jualan tiket aksi pra musim Kelantan menentang Kedah bagi melangsaikan sebahagian daripada hutang melibatkan bekas kedua-dua tonggak itu,” ujarnya.

Sementara itu, Piya memuji komitmen yang ditunjukkan oleh TRW Sdn. Bhd dalam melunaskan bayaran tunggakan gajinya itu.

“Saya ucapkan tahniah dan terima kepada TRW Sdn. Bhd dibawah pimpinan Datuk Wan Rakemi yang cukup cakna dalam isu tunggakan gaji,” katanya.-Kelantan FA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN