Amani Aguinaldo Sertai Kelab Toyota Thai League 1, Trat FC

Amani Aguinaldo

Pemain skuad kebangsaan Filipina yang beraksi cemerlang dalam saingan Sukan SEA 2019, Amani Manuel Santos Aguinaldo kini secara rasminya menjadi pemain baharu kelab Toyota Thai League 1 (T1), Trat FC.

Kehadiran Amani bagi memperkuatkan jentera pertahanan pasukan itu telah disahkan oleh laman Facebook rasmi Trat FC.

Pemain berusia 24 tahun itu sebelum ini beraksi di Malaysia apabila menyarung jersi Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) selepas dipinjamkan dari Ceres-Negros FC.

Menurut sumber Fox Sports Asia, Amani sebelum ini menjalani sesi percubaan untuk beraksi bersama kelab Liga Korea Selatan (K-League), Incheon United tetapi ianya tidak berhasil.

Keadaan tersebut memaksa beliau kembali ke Asia Tenggara (ASEAN) sekaligus memeterai perjanjian untuk beraksi bersama kelab yang menamatkan persaingan T1 2019 di tempat ke-10 itu.

Trat FC mengharungi 30 perlawanan liga dengan sembilan kemenangan, lapan keputusan seri dan 13 kekalahan untuk mengumpul 35 mata.

Mula beraksi bersama skuad Filipina pada 2013, Amani Aguinaldo telah menikmati 38 penampilan sepanjang menabur bakti buat skuad dikenali The Azkals itu.

Saingan T1 menyaksikan setiap pasukan bertanding dibenarkan mengisi tiga kuota pemain ASEAN dan selain daripada Amani Aguinaldo, Trat FC telah pun melengkapkan perpindahan penjaga gol utama skuad kebangsaan Singapura, Mohamad Izwan Mahbud pada pertengahan Disember lalu.

Kredit foto: PKNP FC

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN