Sebelum ini AC Milan sudah pun mengumumkan kepulangan semula Zlatan Ibrahimovic ke kelab tersebut.
This is not a drill 🔴⚫#IZBACK@Ibra_official pic.twitter.com/7lZuv552N8
— AC Milan (@acmilan) December 27, 2019
Namun semalam, Zlatan Ibrahimovic memeterai perjanjian secara rasmi dengan kelab Itali itu.
IZ landed 🛬
And we have touchdown, @Ibra_official! #IZBACK pic.twitter.com/OiSl9whReP— AC Milan (@acmilan) January 2, 2020
Zlatan Ibrahimovic tiba di Milan untuk pemeriksaan medikal dan menandatangani kertas kontrak bersama pasukan tersebut, dalam satu majlis ringkas yang turut disaksikan oleh Pengarah Teknikal, Paolo Maldini, serta CEO, Ivan Gazidis
Zlatan Ibrahimovic menyertai AC Milan sebagai pemain ejen bebas. Beliau kembali semula ke AC Milan selepas 8 tahun meninggalkan kelab tersebut.
Zlatan Ibrahimovic mencatatkan 56 gol daripaa 85 perlawanan untuk AC Milan pada 2011 dan membantu pasukan itu menjuarai Liga Itali yang terakhir dalam sejarah mereka.
📂 Should they ever come back
└📁 @Ibra_official
└📹 Amazing skills.mp4#IZBACK pic.twitter.com/ksOUVN0loT— AC Milan (@acmilan) December 28, 2019
Zlatan akan memakai jersi 21 untuk kepulangan beliau kali ini ke San Siro.
AC Milan terdesak untuk memperbaiki musim mereka pada kali ini selepas berada di tangga ke-11 ketika ini. Dibezakan 21 mata daripada seteru utama mereka Inter Milan.
🔴⚫ And @Ibra_official's jersey number is… 🥁
🔴⚫ Ibra ha scelto il numero… 🥁#IZBACK #SempreMilan pic.twitter.com/FIPz2IGB0F
— AC Milan (@acmilan) January 2, 2020
Pengurus AC Milan, Stefano Piolli mengakui teruja dapat bekerjasama dengan pemain veteran 38 tahun itu.
Piolli berkata: “Ibra adalah pahlawan, pemimpin dan pemain berkarisma yang merupakan seorang yang sangat bertanggungjawab.”
“Beliau juga seorang pemain yang berkeinginan tinggi untuk menang.”
“Beliau akan membantu membangkitkan pasukan ini. Sumbangannya amat ditagih.”
Piolli berharap Zlatan akan menjadi pemimpin kepada salah sebuah pasukan dengan purata umur paling muda di Itali itu.