Kelantan Elak Pancing Pemain Import ‘Penumpang’

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Husin Deraman menegaskan bahawa skuad yang digelar ‘The Red Warrior’ itu hanya mengintai khidmat pemain import yang berkualiti untuk memperkuatkan pasukan.

Penelitian terhadap pemilihan pemain import berkualiti menjadi penekanan KAFA bagi mengelak pembaziran sekiranya mereka membawa masuk pemain import yang tidak mampu memberikan sumbangan berkesan.

“Kami bukan hanya nilai kepada rekod pemain itu sebelum ini, ada mereka berjaya di saingan liga di sesebuah negara, namun apabila mendapat tempat dalam pasukan kami, mereka menimbulkan masalah dengan prestasi tidak menentu.”

“Kami tidak mahu dapatkan pemain asing yang hanya menumpang kepada pemain tempatan, khidmat mereka dalam pasukan tidak membantu, malah mutu permainan pemain tempatan lebih baik,” ujar Husin kepada Bernama.

Kelantan
Antara pemain import yang kini sedang mencuba nasib di Kelantan.

Dalam perkembangan lain, Husin turut mendedahkan empat pemain import yang kini dalam proses penilaian sudah menjalani latihan bersama pemain yang lain.

“Kesemua mereka sudah tiba di Kota Bharu dan menjalani latihan bersama pasukan sejak beberapa hari lalu sebelum dinilai oleh barisan kejurulatihan pasukan dan akan diuji dalam perlawanan itu.”

Pemain-pemain yang dimaksudkan terdiri daripada dua penyerang iaitu Odili Felix Chidi (Nigeria) dan Ghanefo Ansumana Agogo Kromah (Liberia).

Sementara itu dua lagi pemain adalah pemain tengah, Bektur Talgat Uulu (Kyrgyzstan) dan Eze Kingsley Obomneme yang merupakan pemain pertahanan dari Nigeria.

Kredit foto: Kelantan FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN