Gaji Pemain Liga Malaysia Susut 50% Sejak Dua Tahun Lalu

Lebih kurang dua bulan sahaja lagi, sepak mula Liga Malaysia 2020 akan mengambil tempat – tanda bermulanya saingan musim baharu.

Namun kini terdapat beberapa pemain ternama dikatakan masih belum mempunyai pasukan menjelang saingan musim baharu pada penghujung Februari hadapan.

Senario ini kebiasaannya melibatkan pemain kurang ternama. Kini ia telah merebak kepada pemain tempatan yang berstatus lebih besar atau ternama.

Logik ke bayar gaji premium kat pekerja dalam industri yang tengah menguncup?

Posted by Semuanya BOLA on Monday, September 30, 2019

Perkara itu didedahkan oleh ejen pemain, Efendi Jagan Abdullah melalui satu laporan oleh Stadium Astro semalam.

Dan menurut Efendi perkara itu berkaitan dengan gaji pemain tempatan yang susut sebanyak 50% sejak dua musim yang lalu.

“Saya rasa perkara ini turut berkaitan dengan bajet setiap pasukan. Apabila bajet pasukan berkurangan, pemain yang sepatutnya menerima gaji RM40,000 hingga RM50,000 akan berkurangan kepada RM15,000 hingga RM20,000,” jelas beliau.

“Jadi, pemain yang sepatutnya dalam lingkungan itu (RM15,000-RM20,000) tidak dapat menyertai mana-mana pasukan.

“Lingkungan umur pemain itu adalah dari usia 25 hingga 34 tahun,” katanya.

Selain daripada terpaksa bersaing dengan pemain tempatan lain yang muncul dari pelbagai program pembangunan, faktor lain yang menyebabkan situasi itu berlaku adalah sikap pemain sendiri.

“Jagalah sedikit [sikap] kerana pemain-pemain muda sudah tiba,” kata B. Satiananthan pula.

“Jadi mental mereka perlu kuat. Apa yang saya lihat, kebanyakan pemain sudah selesa dengan gaji besar, jadi mereka nampak sedikit malas.” – Peter de Roo, Pengarah Teknikal FAM

Posted by Semuanya BOLA on Thursday, July 11, 2019

“Kini, ramai jurulatih yang berani mengetengahkan pemain muda. Jadi, kena jaga sedikit.

“Kerana pasukan tidak dapat berbelanja seperti dahulu, jadi mereka tidak memiliki skuad yang besar kerana tidak boleh berbelanja,” tambah Satiananthan lagi yang turut pernah melatih beberapa pasukan di Liga Malaysia.

Sebelum ini gaji yang terlampau tinggi di kalangan pemain turut dilihat sebagai faktor utama masalah tunggakan gaji di kalangan pasukan-pasukan yang bersaing di Liga Malaysia.

Pada pendapat kami, tiada masalah sekiranya gaji pemain tempatan di Liga Malaysia menjadi lebih rendah.

Jika benar pemain-pemain tempatan kita mampu menampilkan aksi dan prestasi yang lebih baik, mungkin tiba masanya mereka mencabar diri sendiri untuk beraksi di luar negara dengan pulangan yang lebih menguntungkan.

Sehingga itu, ibarat pepatah lama katakan: Ukur baju di badan sendiri.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN