Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengatakan jadual Liga Perdana Inggeris yang padat pada musim perayaan sebagai berbahaya atau bencana. Manakala pengendali Wolverhampton Wanderers, Nuno Espirito Santo pula mengatakan ianya tidak masuk akal.
City akan menerima kunujungan Sheffiled United pada Ahad, kurang 48 jam selepas mereka tewas 3-2 kepada Wolves di tempat lawan pada Jumaat.
Wolves are the first team to record 60%+ possession against a team managed by Pep Guardiola in a top-flight league game.
Against 10 men, yes. Incredible display, definitely. 🐺 pic.twitter.com/u1wcDuOdIh
— Squawka (@Squawka) December 27, 2019
“Ianya telah diputuskan dan kami perlu menyesuaikan diri dengannya. Tetapi hampir semua pengurus dan pemain mengakui ianya berbahaya.” ujar Guardiola.
Wolves telah menundukkan Manchester dua kali pada musim ini di gelanggang lawan dan tempat sendiri. Namun pengurusnya, Nuno Espirito mendakwa beliau tidak pernah berdepan dengan dua perlawanan yang mencabar dalam tempoh hanya 45 jam.
Selepas ini City akan beraksi menentang The Blades pada Ahad dan kemudian Everton pada Rabu. Guardiola mengatakan kata-kata atau kritikannya tidak akan mengubah apa-apa kerana ianya tetap sama setiap musim.
👏@Wolves are only the second team to beat Pep Guardiola’s Man City home & away in the same PL season.
Chelsea, under Antonio Conte, did the league ‘double’ over City in 2016-17, Guardiola’s first PL season pic.twitter.com/3ZdVpe99LK
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) December 27, 2019
Wolves pula akan bermain dalam perlawanan ke-34 musim ini berdepan Liverpool memandangkan pasukan itu terlibat dalam pusingan kelayakan Liga Europa sejak Julai.
“Ianya sudah tentu sangat mencabar. Mungkin saya tak patut terlalu banyak berfikir bagaimana mahu melaluinya, Rehat, segara pulihkan kecergasan pemain dan kemudian baru kami boleh fikir bagaimana kami akan bermain selepas ini.
“Buat masa sekarang, jadual itu agak tidak masuk akal. Tiada apa-apa penjelasan yang boleh diberikan. Jadi apa sahaja keputusan yang kami dapat, ianya tetap bergantung kepada kemampuan kami. Bukan hanya Wolves, tapi semua pasukan lain.”
Solskjaer Berdepan Cabaran Untuk Pastikan Trio Penyerang Muda United Kekal Cergas – https://t.co/9TspzriTLh pic.twitter.com/S3t63Kifg1
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 28, 2019
Pengurus Southampton, Ralph Hasenhuttl turut menyuarakan kebimbingannya mengenai situasi tersebut selepas pasukannya diikat Crystal Palace di tempat sendiri pada Sabtu.
“Ianya sukar dipercayai. Kami tidak sempat untuk membuat apa-apa persiapan untuk perlawanan ini. Saya tidak faham kenapa jadual jadi seperti ini. Kami tiada masa yang cukup untuk latihan dan membuat perancangan” kata Hasenhuttl.