Selepas Selangor berjaya ‘memborong’ 28 orang pemain daripada kumpulan pertama graduan Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), kini timbul isu yang dimainkan segelintir pihak yang mendakwa Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menggunakan taktik kotor.
Stadium Astro dalam laporannya melaporkan isu tersebut mula menjadi pertikaian selepas pihak FAS didakwa menggunakan pengaruh individu tertentu untuk mendapatkan pemain-pemain berkenaan termasuk beberapa ‘nama besar’ seperti Sikh Izhan Nazrel, Harith Haikal dan Hariz Mansor.
Bagaimanapun Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon menegaskan pihaknya telah menggunakan saluran yang betul dan tidak timbul isu menggunakan ‘pintu belakang’ untuk mendapatkan semua pemain tersebut.
#AGENSI #SELANGOR Lepasan AMD di FAS berpeluang lanjutkan pelajaran di UiTM, UNISEL https://t.co/sTrZUfVt4O pic.twitter.com/773OigEU6h
— Media Selangor (@Media_Selangor) December 28, 2019
“Apa yang kami buat ini adalah apa yang kami rasakan terbaik buat pasukan Selangor dan paling penting, pemain muda-muda ini.
“Kami mempunyai perancangan buat mengetengahkan pembangunan mereka.
“Sebab itulah kami menaik taraf infrastruktur dan kemudahan,” katanya.
Timbul persoalan dan kebimbangan dalam kalangan pemerhati bola sepak di manakah semua 28 pemain tersebut akan ditempatkan dalam pasukan Selangor.
Hal ini kerana banyak pihak berpendapat semua pemain berkenaan sewajarnya diberi peluang untuk mendapatkan sebanyak mungkin minit permainan bagi memastikan potensi mereka terus berkembang.
Saya terpanggil untuk komen sedikit tentang isu ‘pampasan’ atau sefaham saya ‘development fee’ yang sedang hangat diperkatakan kerana
Saya terbabit secara langsung ‘memasarkan’ batch pertama AMD/NFDP seramai 34 orang dan inilah yg menjadi trigger kpd isu ini pic.twitter.com/OOYQhY3JI4
— safirul (@SafirulAbuBakar) December 24, 2019
Dr. Johan menjelaskan secara realistiknya, sekiranya pemain-pemain itu menyertai akademi pasukan lain, belum tentu ada jaminan mereka semua akan dapat bermain.
“Mereka masih berusia 18 tahun dan boleh (diserapkan dalam) skuad Piala Belia, malah mereka juga (setahun lebih muda) dalam Piala Presiden.
“Kalau pemain AMD memang berbakat, maka mereka boleh merebut slot dalam kesebelasan skuad B-23,” katanya lagi.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Safirul Azli Abu Bakar dalam kenyataannya kepada Berita Harian mengatakan, FAS telah pun mengambil risiko untuk mengambil sebahagian besar pelatih akademi elit itu.
Dalam masa yang sama pula Alhamdulillah Luqman Hakim telah menarik perhatian kelab Belgium, KV Kortrijk dan Insyaallah akan memeterai kontrak profesional pada Mac 2020 apabila beliau mencecah 18 tahun
Semoga beliau dapat membuka pasaran utk ramai lagi bakat Malaysia pic.twitter.com/oFOwrkhuJC
— safirul (@SafirulAbuBakar) December 25, 2019
Menurut beliau, dalam bola sepak tiada jaminan pemain yang memasuki pentas profesional akan terus berkembang dengan baik sehingga mampu menjadi pemain profesional sekaligus menembusi skuad utama.
Situasi tersebut boleh dilihat dalam setiap akademi termasuk pasukan handalan di Eropah di mana setiap musim hanya segelintir pemain yang benar-benar menyerlah sahaja diserap ke pasukan utama.
“Kita harus ingat mereka baru berusia 18 tahun dan bukan semuanya akan dilonggokkan untuk beraksi bersama Selangor II. Mungkin hanya terbaik dalam kalangan mereka akan beraksi bersama pasukan ‘feeder’ itu.
Ini bermakna seramai 15 orang pemain kebangsaan B19 thn kendalian Brad Maloney tahun ini berada di @FASelangorMy
Bukan itu sahaja malah ada 10 org lagi pemain B19 tahun yg pernah mendapat panggilan pemilihan sepanjang tahun 2019 ini pic.twitter.com/7QM6a3vUlG
— safirul (@SafirulAbuBakar) December 25, 2019
“Selebihnya, masih ada tempat dalam skuad Piala Belia dan Piala Presiden. Di sini, apa yang lebih mustahak adalah mereka terus beraksi secara kompetitif untuk mengembangkan lagi potensi mereka,” kata Safirul.
Kredit Foto: Safirul Abu Bakar