Pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka dilaporkan mahu meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu pada musim perpindahan bulan Januari ini dan menyertau kelab Bundesliga, Hertha Berlin. Perkara tersebut didedahkan oleh ejen Xhaka, Jose Noguera kepada media Switzerland.
Xhaka kini sedang berdepan hubungan buruk dengan penyokong The Gunners selepas memberikan reaksi yang tidak wajar sewaktu diejek ketika sedang berjalan keluar dari padang untuk digantikan dalam perlawanan menentang Crystal Palace pada Oktober.
Malah pemain berusia 28 tahun itu turut dilucutkan jawatan kapten oleh bekas pengurus, Unai Emery dan digantikan dengan Pierre-Emerick Aubameyang.
“Lihat, saya akan cakap dengan jujur dan terang, kami sedang sudah pun membuat rundingan dan perjanjian dengan Hertha Berlin dan dia [Xhaka] memang mahu ke Jerman.” kata Noguera.
“Kami sudah maklumkan pada Raul Sanllehi [Pengarah Bola Sepak Arsenal] dan Pengarah Sukan, Edu serta pengurus baharu, Mikel Arteta mengenainya.
“Arsenal sudah maklum mengenai semua tindakan ini. Pemain dan kelab [Hertha Berlin] juga sudah bersedia. Cuma yang belum diputuskan adalah yuran perpindahan yang dipersetujui kedua-dua kelab.”
Mikel Arteta: Saya Mahu Xhaka Kekal Di Arsenal – https://t.co/pFtllwCzZu pic.twitter.com/8XaqobVLGi
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 26, 2019
Xhaka telah ditandatangani dari Borussia Monchengladbach pada 2016 dengan nilai sekitar £30 juta dan telah membuat 150 penampilan bersama Arsenal dengan rekod 11 gol dan 17 bantuan jaringan.
Pengendali baharu Arsenal, Mikel Arteta sebelum ini secara umum mengatakan beliau mahu Xhaka kekal di kelab utara Londan itu dan turut mendedahkan pemain itu pernah disenarai olehnya untuk dibeli ketika menjadi penolong jurulatih di Manchester City.
Bagaimanapun ejen berkenaan berkata jurulatih kelahiran Sepanyol itu secara rahsia memberitahu Xhaka yang beliau boleh meninggalkan kelab tersebut pada penghujung musim ini dan ianya telah mengecewakan pemain tersebut.
Hertha Berlin kini bergelut di saingan Bundesliga dengan menduduki tangga ke-12 dengan hanya 19 mata dari 17 perlawanan dan hanya dipisahkan empat mata dari zon penyingkiran.