Ifedayo Percaya Gandingan Bersama Rufino Mampu Julang Selangor

“You call yourself The King of Malaysia, you come Shah Alam,” Ifedayo Olusegun.

Peminat Selangor sudah tentu masih ingat dengan ‘kata-kata keramat’ yang dilontar oleh pemain import dari Nigeria ini. Ifedayo menamatkan musim ini dengan rekod jaringan 16 gol dari 20 perlawanan dalam semua pertandingan.

Selepas dikekalkan oleh Selangor untuk membawa cabaran skuad The Red Giants pada musim depan, pemain berusia 28 tahun ini dalam temubualnya bersama The Star mengatakan beliau kini tidak sabar untuk bergandingan dengan seorang lagi penyerang import Selangor, Rufino Segovia.

Penyerang kelahiran Sepanyol itu merupakan penjaring terbanyak pasukan pada musim 2018 dengan 31 gol dari 35 penampilan, tetapi pemain tersebut dilanda kecederaan lutut yang serius pada awal musim ini. Namun Selangor tetap memberikan kepercayaan kepadanya untuk menghadapi Liga Malaysia (Liga-M) 2020.

“Apabila saya datang ke Selangor, saya fikir saya akan dapat bermain bersama Rufino. Saya ingat dia sudah sedia bermain selepas pulih. Malangnya dia masih belum bersedia untuk diturunkan untuk saingan Piala Malaysia,” ujar Ifedayo.

“Jadi untuk musim 2020, saya bersedia untuk bergandingan dengannya kerana ianya lebih baik untuk beraksi di barisan hadapan dengan seseorang yang rapat dengan kami.

“Kami boleh berkongsi ‘keghairahan’ kami untuk menjaringkan gol dan membantu antara satu sama lain. Rufo adalah penyerang utama yang bijak dan tahu bagaimana mana mahu melaksanakan tugasannya dengan baik.”

Bekas penyerang Felda United itu turut gembira dengan pemain-pemain baharu yang menyertai pasukan itu seperti Brendan Gan, Norhakim Hassan, Nicholas Swirad, Rodney Celvin Akwensivie, dan Safuwan Baharudin.

Beliau percaya semua pemain berprofil tinggi itu amat menepati kehendak pasukan dan beliau yakin jurulatih akan melaksanakan taktikal baharu dengan kehadiran mereka.

Dalam masa yang sama, Ifeddayo tidak menolak kemungkinan untuk menyambar anugerah kasut emas pada musim depan, namun menurut beliau, keutamaan pasukan pada musim 2020 adalah menjulang satu atau dua trofi kejuaraan bersama Selangor.

“Sebelum menyertai Selangor, saya pernah memenangi kejuaraan liga dan piala di Bahrain ketika bersama kelab Al-Riffa. Saya mahu ianya juga berlaku di Selangor. Mereka berhak untuk mendapatkannya.

“Musim ini bila sampai satu peringkat barulah kami mendapat rentak dan turut bermain dengan baik di Piala Malaysia. Kami perlu tingkatkan lagi kemampuan pasukan dan saya percaya dengan pemain baharu yang ada ini kami mampu untuk mencabar mana-mana kejuaraan.”

“Jika dapat kasut emas baguslah, tetapi keutamaan saya adalah memenangi trofi.”

Ketika ditanya mengenai percutian perayaan Krismas bersama keluarga, Ifedayo mengatakan beliau tidak dapat pulang ke Nigeria kerana faktor jarak dan masa perjalanan. Tambahnya lagi, sebagai pemain bola sepak, ianya adalah perkara yang perlu dikorbankan sekalipun ianya agak ‘menyakitkan’.

“Beberapa hari ini kami diberikan cuti, jadi saya memutuskan untuk bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur dan berkesempatan untuk bersantai dengan beberapa rakan. Saya juga pergi ke gereja.

“Ya sudah tentu saya merindui keluarga, tetapi sebagai pemain bola sepak, saya perlu mengorbankannya. Sekurang-kurangnya saya dapat meluankan masa dengan kawan-kawan di sini. Jadinya ianya lebih baik daripada tiada apa-apa.”

Kredit Foto: FA Selangor

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN