Kerana Tersalah Dengar, Bekas CEO Man City Ingat Dapat Arahan Beli Messi Pada 2008

Ini merupakan satu kisah lucu yang pernah berlaku kepada Manchester City ketika mereka dalam menuju era baharu sebagai kuasa moden bola sepak Inggeris.

Menerusi laman Mundo Deportivo, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Manchester City, Garry Cook mengatakan yang beliau pernah tersalah dengar apa yang dikatakan oleh orang kanan Thaksin Shinawatra, Pairoj Piempongsant dalam satu perbualan telefon.

Ketika itu, beliau tersalah dengar apa yang dikatakan oleh pegawai mantan pemilik Manchester City itu yang bercerita mengenai situasi yang berlaku ketika itu dalam pasaran pemain.

“Ketika itu, Paul Alridge bercakap kepada Pairoj Piempongsant menerusi telefon dan ianya diletakkan di atas meja.”

“Saya terdengar yang Paul berkata ‘Pairoj, keadaan sekarang ini sudah tidak terkawal’. Kemudian Pairoj membalas semula, ‘Ya ya ya, pasaran kini sangat serabut, ianya semakin serabut. (yes yes yes, the market is very messy, it’s getting messy).

Cook kemudiannya tersalah dengar dengan menyangkakan Pairoj berkata “We’ve got to get Messi” (kita kena dapatkan Messi). Cook kemudiannya melakukan bidaan sebanyak €70 juta.

Berita itu kemudiannya sampai ke pengetahuan pihak Premier League dan pegawai mereka, Dave Richards pergi bertanya kepada Cook sama ada ianya benar atau tidak.

“Dave Richards bertanya adakah saya gila membida Lionel Messi dengan nilai €70 juta?”

Tawaran yang berlaku pada 2008 itu menurut Cook mungkin akan dipertimbangkan oleh pihak Barcelona ketika itu sekiranya ianya adalah benar. Tetapi tiada apa yang berlaku.

Messi kekal di Barcelona dan terus mencipta nama sebagai legenda kelab di sana.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN