Pengurus Chelsea, Frank Lampard mengatakan pemain-pemain penyerangnya sepatutnya perlu melakukan sesuatu untuk memastikan pasukannya dimalukan selepas mereka tewas kepada Southampton di tempat sendiri dan memberikan kekalahan dua perlawanan berturut-turut di Stamford Bridge buat kali pertama dalam lapan tahun.
Gol dari Michael Obafemi dan Nathan Redmond memberikan pasukan yang sedang menunjukkan peningkatan, Southampton kemenangan mengejut ke atas pasukan pilihan itu.
Sementara Chelsea pula yang menguasai perlawanan gagal menembusi pertahanan pasukan pelawat dan bergelut di bahagian pertahanan. Situasi tersebut memberikan persoalan kepada Lampard sama ada pasukan itu perlu membeli pemain yang lebih kreatif pada bulan Januari nanti.
13, 14, 15… 💥@NathanRedmond22 rounds off a stunning passing move for #SaintsFC: pic.twitter.com/nomy5PMKoQ
— Southampton FC (@SouthamptonFC) December 26, 2019
Chelsea sudah dibenarkan untuk mendapatkan pemain baharu pada pintu perpindahan musim sejuk ini selepas mahkamah timbang tara sukan pada bulan ini mengurangkan tempoh penggantungan pasukan tersebut.
Setelah ditewaskan oleh West Ham United di Stamford Bridge pada bulan lepas, Lampard menegaskan bahasa barisan serangannya perlu melakukan sesuatu.
“Pemain perlu berani dalam situasi satu lawan satu sekiranya kami adalah pemain di bahagian serangan, bermain di pelbagai sudut, manfaatkan ruang dan pecahkan barisan pertahanan kerana pasukan-pasukan lain tidak bodoh,” ujar Lampard.
2 – Chelsea have lost back-to-back home Premier League matches for the first time since November 2011 under Andre Villas-Boas. Concern. #CHESOU pic.twitter.com/tGIZXZV87S
— OptaJoe (@OptaJoe) December 26, 2019
“Mereka bermain dengan tersusun dan kami perlu lakukan sesuatu yang lebih baik ketika menyerang. Kamu tidak boleh dapat sehingga 70% penguasaan bola dan mengawal permaianan sepanjang perlawanan. Manfaatkan setiap peluang yang kamu ada.
“Kami perlu konsisten untuk menamatkan saingan di kedudukan empat pasukan terbai kerana ini adalah EPL dan semua pasukan bermati-matian untuknya.
Chelsea akan bertemu seteru London, Arsenal pada Ahad ini di Stadium Emirates dan Frank Lampard sudah tentu akan membuat perubahan kepada barisan skuadnya.