Pemain pertahanan Bahrain, Sayed Baqer telah ‘dihadiahkan’ dengan hukuman pergantungan 10 perlawanan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), lapor The Star Online.
Keputusan ini dilakukan selepas mengambil kira tindakan Baqer yang melakukan provokasi berbaur perkauman ketika perlawanan bola sepak antarabangsa antara Bahrain dan juga Hong Kong.
Dalam aksi yang diadakan pada bulan November yang lalu, Baqer telah melakukan provokasi dengan mengecilkan mata ke arah penyokong Hong Kong. Ianya dipercayai pemain itu mengejek norma masyrakat Hong Kong yang bermata sepet.
Oleh itu, pihak FIFA mengarahkan pemain itu didenda dengan sejumlah wang bernilai RM 126 453.81 selain hukuman keras dengan Baqer perlu menjalani hukuman pergantungan 10 perlawanan oleh badan induk bola sepak dunia itu.
Insiden perkauman dalam bola sepak dilihat semakin kritikal dengan begitu banyak kes dapat dikesan melalui sebaran di media sosial di pelbagai lokasi.
Insiden terkini adalah ketika aksi Premier League melibatkan Tottenham Hotspur dan juga Chelsea dimana Son Heung-min dan Antonio Rudiger diserang oleh penyokong dengan sorakan perkauman ketika perlawanan.
Bilakah perkara ini akan berakhir?