Serik Ditipu Ejen, KLFA Lebih Teliti Ambil Pemain Import

Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) memberi jaminan pemilihan pemain import untuk disenaraikan bersama skuad utama Kuala Lumpur pada musim depan akan dilakukan dengan lebih berhati-hati dan terperinci selepas mendakwa telah ditipu oleh ejen pemain.

Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa dalam kenyataannya kepada New Straits Times memaklumkan persatuannya terpaksa menanggung kerugian yang besar pada musim ini selepas mereka menandatangani pemain-pemain yang sengaja menyembunyikan kecederaan.

Pada awal musim ini, Kuala Lumpur terpaksa menamatkan kontrak pemain pertahanan Indonesia, Achmad Jufriyanto pada bulan Februari selepas mengalami kecederaan serius sewaktu tempoh persediaan pra-musim. Kemudian penyerang utama, Guilherme de Paula juga disisihkan selama enam bulan berikutan kecederaan tendon.

Untuk musim depan, skuad The Hawks hanya mengekalkan sembilan orang pemain sahaja dan pasukan itu dikatakan hanya akan mendapatkan pemain-pemain yang berkualiti dan benar-benar bebas dari kecederaan supaya dapat bersaing di Liga Premier.

“Kami akan lebih berhati-hati kali ini apabila mendapatkan pemain baharu. Kami akan menilai mereka semasa dalam latihan untuk melihat sama ada mereka cergas atau tidak sebelum menawarkan kontrak.

“Semua pemain akan dihantar ke Universiti Malaya (UM) untuk ujian kecergasan memandangkan UM mempunyai sistem yang baik di sana.” kata Nokman.

Setakat ini, Kuala Lumpur sudah pun mendapatkan beberapa pemain tempatan yang berpengalman dan pernah bermain untuk skuad kebangsaan seperti Muhammad Akram Mahinan, S. Subramaniam, Muhammad Shukor Adan, Mohamad Qayyum Marjoni Sabil dan Nik Mohd Shahrul Azim Abdul Halim.

Manakala, bekas ketua jurulatih Kedah, Muhammad Nidzam Adha pula telah dilantik untuk mengendalikan pasukan itu pada musim depan.

Tambah Nokman lagi, KLFA tidak menghadapi sebarang masalah kewangan terutamanya isu hutang tertunggak yang akan menjejaskan persiapan pasukan itu pada musim depan.

“Kami sudah ada senarai pemain yang mahu ditandatangan, tetapi mereka hanya akan ditawarkan kontrak selepas mereka sudah disahkan benar-benar cergas.”

Kredit Foto: Kuala Lumpur FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN