Chiangrai United & PT Prachuap Bakal Wakili Thailand Ke Kejohanan Kelab ASEAN 2020

Dua kelab Thailand, Singha Chiangrai dan juga PT Prachub bakal membawa cabaran negara tersebut dalam edisi sulung Kejohanan Kelab ASEAN yang bakal diadakan pada bermula Mei 2020.

Kelab-kelab tersebut dipilih selepas pihak FA Thailand memilih untuk memberikan dua slot untuk negara tersebut kepada juara liga divisyen satu serta pemenang Toyota League Cup.

Bagi edisi sulung kejohanan ini, ianya bakal diadakan bermula pada bulan Mei sehingga November 2020 dengan empat negara memperoleh dua slot automatik ke kejohanan ini.

Selain Thailand, Malaysia, Indonesia dan Vietnam turut memperoleh slot automatik tersebut. Kejohanan ini juga hanya dihadkan kepada Ahli AFF yang mempunyai Perlesenanan Kelab AFC sahaja.

Wakil negara lain hanya mempunyai satu sahaja wakil untuk ke kejohanan ini dengan tiada penyertaan dari mana-mana kelab Australia.

Chiangrai United ketika menjuarai Toyota Thai League 1 musim lalu. GAMBAR: Bangkok Post

Format kejohanan menyaksikan 12 pasukan akan diletakkan dalam dua kumpulan dan akan bermain lima perlawanan dengan bilangan perlawanan di laman sendiri dan laman lawan tidak seimbang antara satu sama lain.

Dua pasukan terbaik akan mara ke separuh akhir yang diadakan secara perlawanan tunggal. Namun begitu, perlawanan akhir akan diadakan secara timbal balik.

Juara bakal memperoleh wang kemenangan sebanyak $400 ribu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN