Osmera Omaro Ramal Akid Zamri Boleh Jadi Lebih Hebat Daripada Luqman Hakim

Akid Zamri NFDP AMD SuperMokh Cup 2019

Penyerang cilik, Akid Zamri semakin mendapat perhatian selepas dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Piala SuperMokh 2019 kategori B-14 yang berakhir Sabtu lalu dengan tujuh gol peribadi.

Pernah dilabel sebagai pengganti Luqman Hakim Samsudin, Akid Zamri merupakan pemain termuda yang telah beraksi di pusingan kelayakan Kejohanan AFC B-16 pada September yang lalu.

Malaysia terkandas di pusingan kelayakan tersebut, namun Akid Zamri berhasil meledak dua gol peribadi untuk menjadi penjaring terbanyak skuad muda negara bersama-sama Daniel Edzuan.

Menurut pengendali skuad B-16 negara, P. Maniam, ketika ditanya mengenai Akid Zamri, beliau berkata yang penyerang itu memiliki kemampuan yang ‘jarang ditemui’ daripada penyerang tempatan.

Kini, giliran pengendali skuad B-14, Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Osmera Omaro pula memuji permainannya yang dikatakan adalah pemain paling menyerlah edisi kali ini.

Bijak mencipta peluang dan menjaringkan gol adalah antara yang diperkatakan oleh pengendali skuad AMD Malaysia Cougars itu.

“Akid [Zamri] adalah seorang penyerang yang bijak memburu gol. Dia memanfaatkan peluang yang diciptanya. Apabila kita berbicara tentang penyerang, beza antara penyerang yang bagus dan yang lain adalah kemampuan mereka menyempurnakan peluang.

“Akid ada kelebihan tersebut,” jelas Osmera Omaro yang ditemui New Straits Times sejurus perlawanan akhir kejohanan tersebut.

Disebut-sebut sebagai bintang masa depan, pengendali skuad Akademi Mokhtar Dahari itu menjelaskan yang Akid Zamri boleh menjadi lebih daripada Luqman Hakim jika terus komited dengan latihan dan mampu menjaga diri apabila beraksi di tahap tertinggi.

“Mungkin Akid boleh jadi sehebat Luqman Hakim atau lebih lagi berdasarkan kemampuan dan komitmen yang dipamerkan dalam setiap kejohanan,” jelas Osmera Omaro kepada Harian Metro.

“Pemain-pemain lain dalam skuad B-14 ini juga ada potensi untuk pergi jauh. Saya nampak masa depan yang cerah,” tambahnya yang tidak menafikan kemampuan pemain-pemain lain juga.

Luqman Hakim telah menjadi pemain termuda negara yang meraih kontrak bersama kelab di luar negara apabila akan menyertai kelab K.V. Kortrijk yang berpengkalan di liga utama Belgium.

Pada perlawanan akhir Piala SuperMokh 2019 kategori B-14, skuad yang diwakili Akid Zamri, AMD Malaysia Cougars telah berjaya membenam AMD Malaysia Phanters dengan keputusan 7-2.

Kredit Foto: NFDP

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN