David Rowley: Aksi Menentang Tai Po FC Medan Pamer Keupayaan Helang Merah

David Rowley Kedah Training Match 2020

Bukanlah pemain utama untuk musim lalu kecuali ketika saingan Piala Malaysia, David Rowley mula menempatkan diri lebih kerap dalam kesebelasan utama selepas kapten, Baddrol Bakhtiar beralih posisi dari tengah, kembali semula ke jentera sayap kanan.

Hitung kira penampilan dalam kesebelasan utama, pemain kacukan Malaysia-Australia ini telah beraksi 11 kali sejak menyertai kem Kedah pada jendela perpindahan kedua pemain, Mei 2019.

Begitupun, setiap kali kudratnya ditagih, David Rowley sentiasa mempamerkan aksi yang baik sebagai pemain tengah disamping membaiki permainannya dan dapat dilihat peningkatan tersebut.

Untuk musim 2020, dengan penyertaan pemain-pemain baharu yang memiliki profil lebih baik disamping akan beraksi di pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL), David Rowley menyatakan mahu meletak sasaran lebih tinggi untuk musim hadapan.

“Sebagai pemain, pastinya saya mahu meletakkan sasaran lebih tinggi untuk saingan musim depan. Justeru, saya berazam mahu membantu pasukan memenangi seberapa banyak perlawanan yang akan dilalui,” ujar pemain kelahiran Brisbane, Australia ini.

Menurutnya, ketika ini fokusnya bersama rakan-rakan sepasukan adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan kerana Kedah akan beraksi lebih awal berbanding pasukan-pasukan lain di liga atas sebab bakal beraksi di pusingan kelayakan ACL pada 21 Januari.

Kedah akan melayan kunjungan juara Hong Kong Premier League, Tai Po FC di Stadium Darul Aman dan kemudian dijadualkan akan menentang wakil Korea Selatan, FC Seoul jika meraih kemenangan.

Baginya yang dipetik berkata kepada Berita Harian, beliau optimis Helang Merah mampu melangkah masuk ke peringkat kumpulan ACL 2020 dan yakin apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak.

“Bagi merealisasikannya, saya mahu terus fokus meningkatkan lagi tahap kecergasan. Saya dan rakan sepasukan mengikuti sebaiknya perancangan latihan yang disediakan oleh barisan kejurulatihan yang diketuai oleh ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak.

“Bagi saya Kedah memiliki potensi yang untuk melangkah ke ACL dengan baik jika dilihat dengan persiapan serta perancangan yang sedang gigih dijalankan,” katanya sambil menjelaskan yang aksi menentang Tai Po FC adalah medan membuktikan kemampuan.

Sementara itu, David Rowley turut menyumbang gol ketika Kedah menewaskan skuad Piala Presiden Kedah dengan keputusan 5-0 dalam aksi pemanas badan dalaman pada Jumaat lalu.

Kredit Foto: FA Kedah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN