Presiden MUSA, Damian Yeo Nyata Sokongan Terhadap Ozil Isu Etnik Uighur

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), YB Damian Yeo Shen Li pada hari ini menyatakan sokongan beliau terhadap pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil mengenai isu etnik Uigur.

Ozil sebelum ini melalui satu ciapan di media sosial Twitter, mempersoalkan layanan buruk etnik Uighur yang ditempatkan di sebuah kem khas di Xinjiang.

Kenyataan dari bekas pemain antarabangsa Jerman itu mendapat menimbulkan kemarahan dan kecaman dari rakyat China.

Arsenal anggap kenyataan Ozil sekadar pandangan peribadi pemain itu.

Posted by Semuanya BOLA on Sunday, December 15, 2019

Melalui satu kenyataan pada hari ini, Damian berkat beliau tertarik dengan sokongan yang diberikan oleh Ozil kerana berani menyatakan sokongan terhadap etnik Uighur yang berhadapan penindasan.

“Saya tertarik dengan sokongan yang diberikan oleh pemain bola sepak Jerman dan Arsenal F.C, Mesut Ozil yang dengan berani menyatakan sokongan terhadap etnik Uyghur yang ditindas oleh kerajaan Negara China walaupun dinafikan dengan kerasnya oleh Kerajaan Negara China,” ujar beliau dalam kenyataan tersebut.

*Kenyataan Media YB Damian Yeo Shen Li, Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri…

Posted by Damian Yeo on Friday, December 20, 2019

“Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan solidariti kepada masyarakat Muslim Uyghur dan saya ingin menegaskan bahawa segala percubaan untuk menidakkan kebebasan hak asasi manusia dan menindas kaum minoriti [sekiranya ada] di sesebuah negara adalah tindakan yang melampau malah saya menyeru pelbagai pihak khususnya peminat bola sepak negeri Melaka dan di dunia untuk turut bersimpati terhadap nasib saudara kita di sana.

“Sebagai Presiden MUSA, saya percaya bahawa sukan bola sepak dapat membina perpaduan tanpa mengira warna kulit, etnik dan agama,” jelas beliau dalam kenyataan tersebut.

Damian turut berharap kempen “Say No to Racism” dan “Red Card to Racism” akan terus diguna pakai bagi menunjukkan keterbukaan semua pihak menerima idealisme bahawa sukan bola sepak adalah milik semua.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN